SERIUS HODOH : KESAN DADAH SHABU PADA PENAGIH TEGARNYA

 
Metamfetamin ini adalah sejenis dadah yang perangsang yang mampu menghasilkan perasaan ghairah yang sangat kuat kepada pengguna dan boleh mengakibatkan ketagihan yang teruk kepada pengambil. Nama ringkasnya bagi metamfetamin ialah meth . Metamfetamin asli berbentuk adalah seperti pepejal kristal , dan tidak berwarna . Metamfetamin di cipta untuk kali pertama oleh seorang ahli kimia Jepun A . Ogata pada tahun 1919 dulu
Penggunaan dalam ketenteraan Metamfetamin kadang kala di berikan kepada askar untuk meng-hilangkan perasaan takut dan merasangkan pengguna nya agar menjadi lebih ganas dan agresif.

Semasa Perang Dunia 2 , askar - askar Jerman Wehrmacht dan Tentera Merah Soviet ( Soviet Red Army ) sering di bekalkan dengan metamfetamin . Adolf Hitler juga di katakan menyuntik diri-nya dengan metamfetamin . Selain itu , juruterbang kamikaze Jepun juga dibekalkan dengan metamfetamin ini.

Nama - nama lain Metamfetamin mempunyai pelbagai nama lain seperti glass ice crystal crank , atau speed.

Di Jepun , Malaysia dan Filipina metamfetamin juga dikenali sebagai shabu atau syabu .

Metamfetamin yang di hasilkan dengan campuran anhydrous ammonia di panggil sebagai Nazi Dope kerana di katakan pihak Nazi mengguna kan kaedah tersebut untuk menghasilkan metamfetamin untuk tenteranya . Ia juga di kenali sebagai annie 's dope atau annie sahaja .

Di Thailand pula , metamfetamin di kenali sebagai ya ba...