TAK BOLEH BLA : BAYI DITIKAM IBU SENDIRI

 
Memang seriusly tak boleh bla..Inilah agaknya nilai kemanusiaan yang ada pada masyarakat &X&&& (tak boleh sebut bahaya tu-Kang kena dakwa..heheh). Mungkin disebabkan terlalu banyak populasi penduduk, jadi kurang kesedaran agaknya. Asal kes kejam je, mesti negara deorang ni..Papepun jom baca kenapa bayi ni kena tikam?

Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting. Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan.

Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula. Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital. Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.
Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental.

Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang. Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental.
Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional.

P/s : Kesian Baby debab tu :(


6 comments:

Nur Aqilah said...

kesian baby nie. tak bersalah, ditikam dgn gunting pula

Mar Mansor said...

kesiannya..sayu hati

siti ZAHARA said...

ya Allah..ciannya..seowg ibu sanggup bt ank dia sendiri mcm ni..hmm

Nana Ameer said...

itu gmbr dia ke..Ya Allah sedihnye

wID2 said...

Kejam... mesti mak baby nie sakit.. >.<

Nadia Johari said...

ada baca..kesian betul