DAH TUKAR DUIT RAYA

 
KISAH 1
Tahun ni, Nak kasik kat budak-budak RM 2 sorang
Cukup la tu kan
Mana-mana yang Farisha rasa kecik lagi, kasik RM 1 je
 Kedekut ke? Tak la..Budak kecik mana reti simpan duit banyak2
Nanti habis dibelinya gula-gula.
Habis gigi rongak (haha! alasan je)

Sampul duit raya dah beli. Tapi, duitnya tak ada lagi
 Cadang nak pegi ke bank tukar duit, tapi punya lah susah nak parking
Nak jalan kaki tak larat la pulak
Semput! Maklumlah Preggy Mummy

Dah tinggal 3 hari je lagi nak raya
Kalau tak dapat tukar jugak macam mana?
Ada pilihan yang bermain di minda
1 : Tak payah bagi duit raya kat budak-budak. Bagi deorang makan minum cukup la
2 :  Buat "Closed House". Tutup pintu semua macam tak ada orang sambil melayan drama-drama raya..muahahaha

Tapi, nasib la...
Ada sorang kawan kat opis ni tukar duit kat Bank banyak2
Dan tanye Farisha nak tukar duit tak kat dia
Tapi ada masalah lain pulak, Farisha tak ada duit nak tukar
Dalam dompet kering ooo~ 
Setelah bershopping bahan-bahan membuat kuih pagi tadi
Sempat lagi tu menyinggah sebelum masuk opis (ngee~)

Nasib baik la ada internet banking
Ambil Cash kat Kawan , then bank in terus duit dalam akaun dia guna maybank2u
Selesai Masalah
 Tak perlu beratur panjang kat bank
Dengar cerita sampai setengah jam / sejam beratur..Ish2

Tukar duit RM 100 dengan RM 1
Alahai~ nipisnya rasa duit tu

Apa-apa pun, selamat berhari raya kawan-kawan semua!
Siapa yang duduk kat ipoh tu, meh la datang rumah beraya
^.^

p/s : Malam ni buat operasi masukkan duit raya dalam sampul! Bestnya

KISAH 2

Konon nak start bercuti time mula raya la, 8/8/13 (Khamis) ni
Apply cuti punya awal gila..bulan lepas lagi..haha~!
Now, sekarang dah susah hati
Patut mintak cuti start 7/8/13 untuk settlekan apa yang patot

Lagipun, kawan kerja melayu kat opis ni start bercuti esok, 6/8/13 n 7/8/13
Maknanya, tinggal Farisha je sorang-sorang melayu kat opis ni :(
Oh! gangguan jiwa apakah ini
"Duhai Bonda! Duhai Ayahda! Dengarlah rayuan anakanda"

p/s : Esok nak try bodek bos mintak cuti 7/8/13 ^.^!

10 comments:

fifahsubuki said...

banyaknye..
nak,nak duit raya,,,:]

Amer Amirah said...

BANYAKNYAAA , NAK DUIT RAYA? HEHE ..

WID2 said...

duit raya wid,... acct bank : XXXXXXX hehehe

ejulz said...

xper.. budak2 dpt sampul je dah gembira.. hehe

DIARI FARISHA said...

ejulz : bagi sampul duit raya RM100 tu ok x..isi dalam tak ada..haha

ejulz said...

nak jugak duit raya. hehe

Cik Misya (Aimi Syahirah) said...

Hi dear! Nak duit raya free?http://www.aimisyahirah.com/2013/08/contest-saya-nak-duit-raya-cik-misya-v2.html

Nurfaezah Abdullah said...

fae nak duitt rayaa juga hahaha

boni kacak said...

rm2 tu banyak juga tu, saya target nak bagi budak-budak yang beraya 20sen sorang..hahaha

Mazatul Azura Muhamad said...

Nak duit raya jugak!! hehehe