SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI : DIARI FARISHA

 
Rasanya hari ni merupakan hari yang paling sesuai untuk
buat entry ni sebab esokkan raya!!
Mesti ramai yang dah mula bercuti kan?
Farisha arini masih kerja lagi macam biasa
Balik Jam 5 petang


Tak perlu balik kampung sebab memang duduk dekat dengan mak
Rumah mak mentua pun dekat..
Kampung sebelah je ^.^

Btw, Hari raya tahun ni merupakan Hari raya bermakna
buat Farisha sebab ini merupakan
kali pertama Farisha beraya
dengan memegang status sebagai isteri dan bakal ibu ^.^


Di kesempatan ini, Farisha nak ucapkan
kepada semua blogger yang sweet & ohsem
yang sedang membaca entry ni  :
“Biar hati sejernih air, 
jangan pula dipenuhi lumpur, 
kalau salah saya belum berakhir, 
di harap di ampun dengan rasa bersyukur”

”Jika budi dipenuhi ikhlas, 
jangan ia disulam tuba, 
jika ada salah yang belum dibalas, 
harap diampun di hari raya”

 “Biar amarah disunting senyum,
 ibarat pekerti disulam kasih, 
diharap dihalal makan dan minum, 
ibarat rezeki yang tidak disisih”

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN


p/s : Farisha akan bercuti panjang selama 11 hari..hurray!!
Semoga berat badan tak naik banyak.
Kalau tak habislah kena minum lagi air gula klinik tu :(
Moga boleh cover nafsu makan lemang, rendang, kuih!! arghhh tidak!

3 comments:

Aniq Bukhary said...

Senyum sorang2 aku tengok Rooney pakai songkok. Hehe

: Capital N : said...

yoo lame la farisha cuti,suka2..
cn ari rabu dh masuk keje..huhu..

selamat hari raya jugak kat farisha...
:)

Mia Liana said...

selamat hari raya ya... farisha...