AKHIRNYA, CASH OUT 8SHARE SETELAH DUA BULAN

 
Sebenarnya, Farisha dah boleh cash out duit 8share ni
dalam masa tak sampai sebulan pun sebab dah cukup RM50.00
Tapi disebabkan nak cash out banyak sket,
jadi Farisha tunggu dulu

Bila dah puas hati dengan jumlah yang ingin di cash out,
Farisha mula minta cash out
Dari tengah bulan 9 sampai hari ni, 08/10/2013 baru lah dapat email dari
pihak 8share memberitahu
dalam masa seminggu dari sekarang, 
bayaran akan dibuat terus ke akaun bank Farisha!
Yeahhh!!

Perlu diambil perhatian, pihak 8share hanya akan memproses 
permintaan untuk cash out 
pada ...................... 
nak tahu bila?? baca komen PUAN SITI kat bawah ni ye ^-^

Ini merupakan cash out Farisha yang pertama
Alhamdulillah
walaupun tak banyak, tetap bersyukur :)

 Farisha mula2 daftar 8 share ni pada 01/08/2013.
Sehingga 08/10/2013 (2 bulan lepas tu) total dah ada RM 153.00

 
Ada yang kena tunggu sampai setahun baru boleh cash out
Sebabnya, tak rajin share iklan 
jadi, kalau nak cash out cepat, rajin2 la share iklan yang diberikan ye

=============================
TUTORIAL CASH OUT DUIT 8 SHARE
==============================
1. Log in akaun 8 share korang
2. Pastikan jumlah duit yang ada RM50 baru boleh cash out.
3. Disebelah kiri, akan ada status  "You have enough earnings to requests a cash out"
 

4. Klik "Cash Out Now"
5. Akan keluar butir2 diri korang dan pastikan butiran tu betul..Jumlah yang nak di keluarkan pun pastikan betul..Mereka akan terus bank in
di akaun bank korang..Macam Farisha deorang bank in ke Maybank


6. Kalau betul, terus je klik "Cash Out My Earning!" 
7. DI sebelah kiri 8 share akan keluar status cash out terkini korang
a) Pending - permintaan pengeluaran duit masih dalam proses
b) Verified - Permintaan pengeluaran duit telah disahkan
c) Completed - Duit telah pun dimasukkan kedalam akaun bank. 
 
8. Bila mereka dah bank in, korang akan dapat email dari mereka
9. Tu je
10. Sekian :)
===============================================================
UPDATED!!
Duit dah selamat di bank in pada 14/10/2013 
dan dah selamat di gunakan...hihi
Bukti pembayaran yang dihantar melalui email


Bestkan???
Kalau korang belum daftar, jom lihat cara daftar kat SINI

DIARI SERAM : TIBA-TIBA BAU KEMENYAN

 
Tengah Blogwalking tadi, ternampak entry Ben Ashaari dengan tajuk
"Tiba-tiba Bau Busuk" kat SINI

Lepas tu, teringat kisah seram dulu2 yang pernah terjadi pada Farisha dan seorang kawan, Ain. Terus je nak kongsi cerita tu dengan korang sekarang. Boleh gitu?? hihi
Jom baca :-

Dalam sekitar tahun 2005 (masa tu kami berada dalam tingkatan 6),
konon nak menghilangkan stress sambil menguruskan badan,
kami pergi berjongging di sebuah taman rekreasi dipanggil Taman Dr. Seenivakasagam (hehe..detail nya)  pada waktu petang..

Dalam jam lebih kurang 6.30 petang, kami pun berhenti berehat 
dan duduk2  di buaian kanak2 kat Taman tu

 

Sambil berbual2 tu, Ain terbau sesuatu yang pelik
Dia terus tanya cam ni : Ko ada terbau sesuatu tak?
Aku : Ada.. Macam Bau kemenyan kan
Ain : Haah..(2 minit lepas tu) 
Kenapa bau ni makin lama makin kuat ye?
Aku : Tah la..Jom la blah..Seram pulak aku

Keesokan harinya kat sekolah,
Ain : Beb, ko taw tak semalam ada sesuatu terjadi kat rumah aku?
Aku : Apa benda?
Ain : Masa aku sampai kat rumah, dalam pukul 7.30 cam tu, anak sedara aku menangis gila2 punya
Lepas tu tangan tunjuk ke arah pintu
Aku ni dah la penakut. Tah apa yang dia nampak
Aku : Hah!!! Lepas tu?
Ain : Mak aku terus pergi bawak jumpa Ustaz
Ustaz tu cakap, ada benda ikut aku balik
Mungkin sebab kita dah 'tegur' benda tu
Aku : Macam mana rupa benda tu?
Ain : Benda tu budak perempuan.  Masa main kat buai yang
kita duduk tu, dia terjatuh, masuk ICU dan mati.
Aku tak nak tanya kat ustaz tu rupa budak tu 
sebab Ustaz tu cakap rupa dia menyeramkan
Aku : (diam seribu bahasa sambil berfikir, nasib la benda tu tak 
ikut aku balik rumah..Sebab rumah aku tak ada budak kecik..Siapa yang nak nampak?)


PEMENANG GIVEAWAY : I LOVE CRAFT WORKS BY FARISHA

 
 Alhamdulillah...Farisha masih diberikan kesempatan
untuk memilih Pemenang

 Berikut merupakan Pemenang Bertuah
GIVEAWAY : I LOVE CRAFT WORKS BY FARISHA

Lihat Nombor di SINI

Cabutan Menggunakan Random.org

 
 Hadiah Yang Dimenangi :
1 biji bantal kraf saiz A4 bernilai RM 50 setiap satu
(design boleh pilih sendiri) 
STATUS : DAH TUNTUT HADIAH
 

 Hadiah Yang Dimenangi :
 1 biji bantal kraf saiz A4 bernilai RM 50 setiap satu
(design boleh pilih sendiri)
STATUS : DAH TUNTUT HADIAH
 

 Hadiah Yang Dimenangi :
 1 biji bantal kraf saiz A4 bernilai RM 50 setiap satu
(design boleh pilih sendiri)
STATUS : DAH TUNTUT HADIAH

Hadiah Yang Dimenangi :
 1 Name Tag Keychain Felt
(maksimum 10 huruf pada keychain)
STATUS : DAH TUNTUT HADIAH
 Hadiah Yang Dimenangi :
1 hadiah Misteri
STATUS : DAH TUNTUT HADIAH 
 

Hadiah Yang Dimenangi :
1 hadiah Misteri 
STATUS : DAH TUNTUT HADIAH
 

Hadiah Yang Dimenangi :
 1 hadiah Misteri
 STATUS : BELUM TUNTUT HADIAH
Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang !!!! 

Kepada Pemenang Hadiah Bantal Kraf, Sila inbox sponsor di Facebook kat SINI
Kepada Pemenang Hadiah Keychain Felt & Hadiah Misteri, inbox sponsor di Facebook kat SINI

Berserta dengan ayat seperti berikut :
Terima Kasih kerana Sudi Menjadi Sponsor Giveaway : I love Craft Works By Farisha
Nama :
Alamat :
No Telefon :
Hadiah Yang Dimenangi :
Link Entry Blog : 


Pemenang diberi masa seminggu sahaja, iaitu sehingga 14/10/2013 
untuk menuntut hadiah
Jika tidak, cabutan baru akan di buat

Sekian Terima kasih

PESERTA "GIVEAWAY : I LOVE CRAFT WORKS BY FARISHA"


Berikut merupakan Senarai Peserta yang telah
berjaya memeriahkan Giveaway ini
Thanks A Lot Dear ^.^

50. http://najaha-abdillah.blogspot.com/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html
51. http://yayaaaank.blogspot.com/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html
52. http://www.sigadismerah.my/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html
53. http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html
54. http://giveawaymudamudi.blogspot.com/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html
55. http://annurgiveaway.blogspot.com/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html
56. http://ohthrillers.blogspot.com/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html
57. http://fazahunhan.blogspot.com/2013/10/i-love-craft-works-by-farisha.html
58. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html 
59. http://hafiznur.blogspot.com/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html
60. http://syafawatikmal.blogspot.com/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html
61. http://aidilzaki55.blogspot.com/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha_5.html
62. http://permatacahayailmu.blogspot.com/2013/10/giveaway-i-love-craft-works-by-farisha.html


Nota Sweet:
 Giveaway ini akan tamat pada 06/10/2013
Pemenang akan diumumkan pada 07/10/2013 (Isnin)
Sekiranya Farisha tak sempat nak umumkan pemenang pada 07/10/2013 tu atas sebab2 kecemasan (Kalau la), Partner Farisha iaitu WID akan ambil alih tugasan memilih pemenang
Jangan lupa follow Blog dia ye kat SINI (dah ada dalam syarat GA ini)

Doakan semuanya berjalan lancar ^.^




MASYA ALLAH!! SEDAPNYA SUARA ADIK NI

 
Aduh! Rasa jatuh cinta bila dengar Suara adik ni
Tenang je bila dengar :) 
Cuba bayangkan kalau adik ni membaca al-quran ^.^
Tentu merdu sekali !
Moga dikurniakan anak seperti ini

Sebelum nak dengar, 
klik STOP kat lagu Farisha kat side Bar Blog ye
Layan~



Video ini di"upload" pada 15/03/2013
Muhammad yang merupakan anak ke 10 daripada 12 orang adik beradik ini tinggal di Kg. Hutan Nangka, Besut. Kini Muhammad sedang belajar di Maahad Tahfiz Matlain Badrin, Besut.

Moga kitab Al-Quran menjadi panduan hidup kita
dalam setiap bidang kehidupan dan menghapuskan
kejahilan ^.^ 

SUSAH NAK JUMPA LELAKI MACAM NI

 
Jom baca kenapa ....


Masya Allah! Moga mereka bertemu jodoh

KISAH BENAR
Farisha ada seorang kawan lelaki bernama WAN. Dia bercinta dengan seorang gadis yang manis tapi sayangnya dia mempunyai ketumbuhan dalam otak.
Setiap 2 bulan, gadis tu mesti kena buat dialisis (atau apa2 scan) yang menyebabkan setiap kali rawatan,ingatan gadis tu akan hilang.
WAN ni tetap sayangkan gadis ni walaupun ingatan hilang dan WAN ni terpaksa berkorban memikat semula hati gadis tu untuk bercinta dengannya sebanyak 9 kali!
(Yela..Sebab gadis tu pun tak ingat siapa BF die lepas buat rawatan tu)
Lepas tu, Farisha dapat tahu mereka telahpun putus sebab gadis tu memilih orang lain dan  WAN sekarang telahpun bertemu jodoh dengan gadis yang lebih sempurna ^.^
Alhamdulillah :) 
Mungkinkah ia ganjaran yang baik dari ALLAH SWT buat WAN ???

Kita hanya mampu merancang dan berdoa tetapi tuhan yang menentukan, ye tak?
 Walau apa pun, hidup mesti diteruskan! Seperti kata-kata lelaki ini