DIARI SERAM : TIBA-TIBA BAU KEMENYAN

 
Tengah Blogwalking tadi, ternampak entry Ben Ashaari dengan tajuk
"Tiba-tiba Bau Busuk" kat SINI

Lepas tu, teringat kisah seram dulu2 yang pernah terjadi pada Farisha dan seorang kawan, Ain. Terus je nak kongsi cerita tu dengan korang sekarang. Boleh gitu?? hihi
Jom baca :-

Dalam sekitar tahun 2005 (masa tu kami berada dalam tingkatan 6),
konon nak menghilangkan stress sambil menguruskan badan,
kami pergi berjongging di sebuah taman rekreasi dipanggil Taman Dr. Seenivakasagam (hehe..detail nya)  pada waktu petang..

Dalam jam lebih kurang 6.30 petang, kami pun berhenti berehat 
dan duduk2  di buaian kanak2 kat Taman tu

 

Sambil berbual2 tu, Ain terbau sesuatu yang pelik
Dia terus tanya cam ni : Ko ada terbau sesuatu tak?
Aku : Ada.. Macam Bau kemenyan kan
Ain : Haah..(2 minit lepas tu) 
Kenapa bau ni makin lama makin kuat ye?
Aku : Tah la..Jom la blah..Seram pulak aku

Keesokan harinya kat sekolah,
Ain : Beb, ko taw tak semalam ada sesuatu terjadi kat rumah aku?
Aku : Apa benda?
Ain : Masa aku sampai kat rumah, dalam pukul 7.30 cam tu, anak sedara aku menangis gila2 punya
Lepas tu tangan tunjuk ke arah pintu
Aku ni dah la penakut. Tah apa yang dia nampak
Aku : Hah!!! Lepas tu?
Ain : Mak aku terus pergi bawak jumpa Ustaz
Ustaz tu cakap, ada benda ikut aku balik
Mungkin sebab kita dah 'tegur' benda tu
Aku : Macam mana rupa benda tu?
Ain : Benda tu budak perempuan.  Masa main kat buai yang
kita duduk tu, dia terjatuh, masuk ICU dan mati.
Aku tak nak tanya kat ustaz tu rupa budak tu 
sebab Ustaz tu cakap rupa dia menyeramkan
Aku : (diam seribu bahasa sambil berfikir, nasib la benda tu tak 
ikut aku balik rumah..Sebab rumah aku tak ada budak kecik..Siapa yang nak nampak?)


6 comments:

WID2 said...

>.< ayooyooo seramnya... nasib tuari pergi wid tak men buai tu.. klu tak ikut gak nya nek bus balik jb =.=''...

Qashmere said...

takottt seremmmmmmmmmm

Mar Mansor said...

seram..dgr x hot fm pg td..jeng3

♥ Lia Abdillah ♥ said...

seramnyeeeee..naik bulu rome -_-

Fara Athira said...

Hantu pun masuk icu . Hihi

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

seramnyerrrrr