BERHATI-HATI DENGAN JAMBAN UOLS!

 
Amaran penting!!!
Tak percaya cubalah ^-^
==========================================================
jangan masuk jamban pada jam 11.59 tgh mlm ini 
kerana anda bakal keluar dari jamban pada tahun hadapan..
Atau ada yang masuk dan akan keluar setahun selepas itu?? siapa tahu~


sekian..
harap maklum
==========================================================

TAHNIAH LINDA ONN!!

 
Kahwin jugak akhirnya!

Tahniah diucapkan kepada penyampai radio, Linda Onn yang telah sah menjadi isteri kepada Ungku Azhar, 34, tepat jam 5.45 petang pada 27 Disember 2013 lalu.
 
Majlis pernikahan telah diadakan secara tertutup dengan dinikahkan oleh jurunikah dari Masjid Bukit Indah, Ampang. 
 
Menerusi kenyataaan yang dikeluarkan menerusi akaun Instagramnya, majlis tersebut diadakan hanya untuk ahli keluarga terdekat dan majlis tersebut telah berjalan dengan lancar. 
 
Linda juga meminta maaf kerana tidak menjemput media selain hanya dapat berkongsi secara ringkas majlisnya kerana menghormati permintaan suami dan keluarganya. 
 


 
 
========================================
p/s :Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Cantik Linda Onn ni kan :)
 

DHIA : AFTER BATH

 


Masa mandi Dhia : Jam 8 pagi & 5 petang
Bila tengok jam dah tahu nak buat apa ^.^

Sejuk hati tengok gambar anak :)

EKSPERIMEN SUSU DHIA

 
 Bereksperimen pulak Farisha sekarang ni..Korang nak tahu tak?
Dhia baru je masuk 2 bulan seminggu tapi dah 5 jenis susu tin bertukar2!
Tak tahu susu apa yang terbaik

Masa lepas lahir, susu badan tak banyak. Dhia pun menangis sebab tak kenyang
Kesian :(
 jadi Farisha buat keputusan untuk belikan susu Tin
Masa belikan susu pertama Dhia, husben yang pergi belikan kat Mydin
Dia tanya pada supervisor kat situ susu apa yang ok
dia cakap belikan dulu susu mahal, kalau tak ok, baru try susu murah
Jadi, terbelilah "SIMILAC"
Tin kecik molek harga dalam RM50

(Gambar tin lupa..Kalau korang nak beli, tengok label untuk new born ye)

Bila dah guna lebih kurang dalam seminggu, 
Farisha perasan muka Dhia naik ruam merah2
Farisha telefon kawan yang kerja nurse bahagian Wad Baby
tentang susu yang deorang guna kat hospital untuk baby
Dia cakap susu "Enfalac A+" bagus
Semua baby dekat wad gemuk2 sihat minum susu tu
Harga dia tak ingat tapi memang mahal
Dia pun bagi anak dia minum ANMUM je

Jadi, lepas je dengar, terus suruh husben beli "Enfalac A+"
Tak lama kemudian, husben kol gtaw susu tu mahal
Harga dalam RM70 kalau beli kotak, kalau tin dalam RM80++
Disebabkan masa tu xckup duit, terus je beli susu "ANMUM"

 

Sekotak dalam RM50..Kalau tin mahal lagi
Bila dah guna, Farisha perasan Dhia asyik muak je.Banyak pulak tu
Macam air je keluar..Risau betul la termasuk hidung ke
Walaupun dah sendawa, still muak lagi
Then, ruam pulak tak hilang2

Terus tukar susu lain..
Tanya kawan, dia suruh try susu "NAN HA 1"
Katanya susu tu sejuk sket..Mungkin baby tak sesuai dengan susu lembu
Apalagi, terus je beli "NAN HA 1" harga RM77.00 setin..
 

Dah guna sampai 4 tin memang ok. Ruam xda
Rasa susu tu pelik sket la tapi baby still boleh minum
Tapi  yang susah sket, 4 tin tu tahan dalam sebulan lebih je..Aduh..
Payah gini..

Bila tin yang ke 4 tu nak habis, husben suruh try beli susu yang murah pulak
JImat katanya
ok! terus beli " DUTCH BABY"
Harga memang mampu sangatlah..
Sepekat sederhana besar tu baru RM17
Tak sampai seminggu minum, Dhia kembali muak 

Aduhai! Nasib baik le susu "DUTCH BABY" tu sedap. 
Tak habis pun, Farisha boleh tolong habiskan
Rasa macam susu biasa Dutch Lady tu je

Last and Final! Semalam beli susu SNOW BRAND 900gram

 

 Susu ni ramai jugak cakap bagus! 
Farisha pernah buat Check Up kat klinik,
nampak baby bambam betul, bila tanya, mak dia cakap bagi minum Snow Brand
Kedua, pernah terbaca komen kat Facebook yang mengatakan susu ni terbaik
buat selamanya untuk anak dia ^.^
Harga RM68
Tak murah , tak mahal
Sebulan sampai 3 tin pun tak kisah
Janji DHIA dapat khasiat terbaik
Muktamad! Tak nak tukar susu dah..Kesian Dhia

Kenapa tak nak teruskan susu "NAN HA 1" ? 
Sebab bila Dhia berak, taik dia busuk betul + warna hijau
dan macam ada biji2 macam bijan tu
Tak tahu le normal ke x
Pakai susu yang lain2 ok je warna kuning

ok la..Penat berceloteh..Jom layan gambar DHIA




Atok je yang bersedia nak tangkap gambar..Yang lain kelaut..hihi



JAWAB SOALAN DAN TEBUS HADIAH PERCUMA!!!

 
Betul!! Jawab je soalan dan bila dah cukup point, boleh tebus hadiah gadjet / baucer
secara percuma

Antara hadiahnya :-
Nampak baucer KFC teringat pulak KFC "crunchy" yang baru tu..
Memang sedap lain macam kalau makan panas2! Yummyyy!!

Tapi yang paling bestnya,daftar pun PERCUMA ye..Tak payah bayar apa2

Macam tadi, Farisha baru je daftar,
bila masuk website tu, sekali harung je jawab soalan terus dapat kumpul 190 points taw
Macam nak menjerit Whohaaaaaaaa Muahahahaha!!! sebab happy sangat ^.^!
Korang akan diberikan 1 soalan yang sangat mudah, dan apa yang korang perlu buat, jawab
soalan tu
(Jawapan dah disediakan dalam iklan)
Nak tambah lagi point, lawat website yang diberikan bawah soalan tu (jika ada)

Bukti :


Disebabkan rasa teruja, terus je Farisha kongsikan dengan korang tutorial di bawah
Selamat mendaftar!! *-*

Tutorial Cara untuk daftar WhooHAA

1. Klik daftar kat SINI
2. Lengkapkan ruangan butir-butir diri. Pastikan email yang dimasukkan betul & password sila ingat!
3. Dah siap, klik submit dan mereka akan hantar activication link kat email
4. Buka email dan klik link biru macam dalam gambar kat bawah 
untuk aktifkan pendaftaran


 5. Lepas dah klik, akan keluar dua kotak macam kat bawah ni.Automatik dah ada ACtivation Code dalam kotak tu...Korang klik je ACTIVATE NOW
  
6. Masukkan no telefon dan klik dulu REQUEST TAC
WhooHAA akan hantar code kat telefon korang dan korang isikan kod tersebut di ruangan TAC CODE & klik SUBMIT

 

7. Bila dah siap, boleh dah login.


 


Soalan Lazim : Sikitnya point. Sekali jawab dapat 10-10 point je..
Lawat website 15-20 point..
Bila nak dapat point banyak2???

1) Sikit-sikit lama2 jadi bukit
2) Rajinkan melawat website ni untuk jawab soalan
3) Jemput kawan2 untuk joint bawah korang sebab dengan pendaftaran baru, 
korang boleh dapat 100 point
Banyakkan???

Cara mendapatkan Link Referral

1. Bila dah login, kat atas sebelah kiri, ada nama korang kan? sebelah nama tu ada perkataan "MY ACCOUNT"
2. Klik perkataan tu dan klik "REFER A FRIEND" 
3. Copy Referral link korang & share di blog, Facebook/ Twitter 


Apa tunggu lagi! Jom la daftar kat SINI
**Support Blogger**

Alhamdulillah...Rezeki

 
Tak disangka. 
Ingatkan tak dapat sebab jumlah follower tak cukup pun 2000 orang. 
Tapi Saja-saja je isi form mana tahu rezeki kan...

Alhamdulillah..Dapat juga jadi DUTA untuk produk ni..yeahhh!!!
Nantikan review dari Farisha tentang Produk hebat ni ye
Korang mesti milikinya ^.^!


TUTORIAL DELETE FACEBOOK ORANG TELAH MATI

 
Pasti kita pernah terbaca post2 terakhir orang yang telah mati / meninggal dunia 
di laman sosial Facebook
Kadang-kadang, ada ahli keluarga terdekat/saudara mara/sahabat handai yang
telah pergi mempunyai akaun Facebook yang tak sempat dipadamkan
(Dah ajal tiada siapa yang tahu)

Kadang-kadang terlihat gambar2 arwah yang tidak sepatutnya ditayangkan
seperti tidak menutup aurat
Masya Allah, tak terhingga seksaan yang bakal mereka terima di akhirat kelak (wallahualam)

Namun, tahukah korang macam mana caranya nak delete akaun Facebook tersebut? 

Jadi, jom terjah SINI untuk ketahui caranya

p/s : Malas nak copycat..Panjang sangat..hihi

TESTIMONI SET MENGANDUNG SALINDAH

 
Bulan 4 yang lepas, Farisha ada update entry yang Farisha beli Set Lengkap Salindah
kat SINI

Kali ni, Farisha nak share testimoni tentang Set Mengandung dulu ye
Sebab ada yang request
Kesan penggunaan Set Salindah ni dihuraikan mengikut Item Ceraian Salindah :-


B1- MULAI MINGGU 12 HAMIL
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu
 
Kesan Pada Farisha : 
-Mula ambil Item B1 mulai minggu ke 12 hamil
- Tiada langsung alahan seperti muntah2 di sepanjang tempoh kehamilan
(kalau setakat rasa nak muntah tu ada lah tapi kat hujung tekak jela..huhu)
-Disebabkan tiada alahan, maka Farisha telah menambahkan berat badan
dengan jayanya
-Nak pergi kerja pun hati senang sebab tak ada langsung muka pucat, kurang darah ke apa 
- Orang sekeliling pun kagum sebab Farisha tak ada langsung alahan ^.^
-Jarang sakit (sepanjang hamil ni hanya 3,4 kali je sakit tu pun demam, selsema je)
-Rasa cergas walaupun berbadan dua. Tak mengah2


  
B2- MULAI MINGGU 24 HAMIL
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.

Kesan Pada Farisha :  
-Bayi seperti biasa membesar dengan sempurna
 - Selera makan makin bertambah jadi kena berjaga2
- Ada minum air gula 1 kali sebab berat badan naik. Doktor risau ada kencing manis. Tapi ok je..Lepas ambil darah, result normal
- Kebas kaki ada tapi tak lama.
- Pernah terkena kejang urat/sengal kat peha masa bangun tidur tapi berjaya dipulihkan dalam masa terdekat (tu pun sebab tidur direct kipas kat kaki..hihi..Kalau tak, tak ada la kena serangan ni- Jadi, bila tidur tu, pandai2 la pakai la stokin ye)


B3- MULAI MINGGU 28 HAMIL
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

Kesan Pada Farisha :
- Bayi membesar dengan sempurna
- Takut nak lahirkan anak tu ada jugak la (yela..Anak pertama kot) tapi tak adala 
takut sangat
- Tak ada langsung simpul biawak/krem betis



 B4- 4 MINGGU SEBELUM DIJANGKA BERSALIN
Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.


Kesan Pada Farisha :
- Tak ada langsung sakit bersalin palsu
- Cuma badan lenguh2..Yela, bawak badan yang berat tak ke lenguh??hehe



B5- 2 MINGGU SEBELUM DIJANGKA BERSALIN
Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.


Kesan Pada Farisha :
-Sama macam kesan di atas




B6- 1 MINGGU SEBELUM DIJANGKA BERSALIN
 Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.  

Kesan Pada Farisha :
- Agak lambat nak bersalin, sakit bersalin tu hampir 24 jam..
- Bukaan pun dari jam 10.30 pagi sampai 6.30 petang baru 2cm..
- Mungkin anak pertama dan tak tahu teknik nak bagi bukaan cepat
- Tapi walaupun sakit2 macam tu + tak cukup tidur, daya untuk meneran sangat hebat!
Jam 3.30 pagi keesokan hari pun masih bersemangat
- Bila dah cucuk ubat, bukaan dah 10cm, dalam 5 minit je teran terus baby keluar!
Tapi lepas je lahir, terus Farisha tido..haha! ngantuk sangat..Boleh gitu?
- Kulit baby bersih + putih (Farisha juga amalkan minum air kelapa diakhir kehamilan)

Nota : Masa Farisha amalkan set salindah ni, ada kawan2 yang cakap jangan guna ubat sebarangan
Lagipun dia tak pernah dengar nama produk Salindah
Takut ada kesan sampingan
Semua tu salah ye! ok je bila guna..

Nak tengok baby Farisha tak???? Meh klik SINI

 Nak order produk Salindah yang original??? 
Percayalah! servis mereka terbaik + inbox Facebook 
cepat dibalas..Kalau konfius dan nak tanya pun boleh. 
Jawapan mereka sangat jelas
Farisha pun order kat mereka
 Klik SINI

Disebabkan produk ni bagus, jadi Farisha bercadang nak teruskan 
penggunaan produk mereka
iaitu Examo untuk minda baby 
Jadi, Farisha pun mulalah bertanya soalan panas begini
dan korang lihatlah
perbezaan jawapan antara kedua2 kedai online ni





Tengok jawapan inbox nombor 2 ni..Logik ke bagi baby yang berumur 
sebulan setengah kemam pil tu?? tak ke tertelan?
Risau betul *.^!
Lain pulak jawapan nombor 1..Sangat terperinci ok. Barulah betul
Itulah kedai online yang Farisha berikan link di atas tadi.

p/s : Tak dapat diskaun ke promote Salindah ni ek? hehe


 

KEMBALI BERBLOGGING SETELAH BERCUTI 2 BULAN!!

 
Yeahhh!! rindunya nak kembali berblogging..Kejap je masa berlalu..
2 bulan bercuti rasa macam 2 hari je..Lepas tu, bila dah stat keje, mula la
rasa malas gila..Nak sambung cuti bergaji karang bos bagi kaki pulak..hihi~

Kenapa cuti 2 bulan??
Korang nampak tak gambo kat atas tu? 
(abaikan tangan yang kembang tu sebab sekarang dah kurus sket..hihi)
Sakit teruk ke ?
 Kalau uols nak tahu, Farisha dah pun selamat melahirkan anak pertama
pada 19/10/2013 (Sabtu) Jam 3.41 pagi, baby girl seberat 3.4 kg, bersalin normal ye 
(dengan 2 kali dos di cocok ubat paksa beranak- nama ubat tu tak hingat dah..ngeh2)
yang diberi nama DHIA DAYANA bermaksud 
DHIA = Sinar/ Cahaya
DAYANA = Yang gagah perkasa
ape ke pelik sangat makna nama DAYANA tu? Farisha letak jugak nama tu sebab sedap disebut
Lagipun, kalau gagah perkasa,tak ada la orang nak buli dia gitewww

Doktor menjangkakan baby lahir pada 22/10/2013 (Isnin)
Tapi disebabkan bos tak bagi cuti ehsan sebelum bersalin,
 Farisha  buat la cuti ehsan sendiri (pakei annual leave) selama 2 hari iaitu 
17/10/2013 (khamis) + 18/10/2013 (Jumaat)
Takut jugak la kalau terberanak kat opis..Malu den..
Dah terbayang sakit2terjerit2 sambil turun lift + tangga + naik ambulan
kompom ramei yang jadi saksi nanti..Udah opis tepi jalan beso..Tak ke ramai orang akan nengok
Ya! ampun
Bila matahari terbenam dan malam pun berlabuh untuk menanti kedatangan hari jumaat, 
masih jugak tak sakit2..Mula la riso..Cuti dah guna
Kalau nak sambung cuti lagi, habisla annual leave..
Malam tu solat, minum air zamzam, makan kismis, kurma, dan sebelum tido berdoa
semoga esok bersalin
Tengok2, pagi jumaat dalam 6.30 pagi gitu ketuban pecah!
tak rasa sakit pun..siap boleh solek2 melawa nak pegi spital..hihi
 Sakit (contraction) bermula jam 10.30 pagi..Lama jugak.Mau dekat 24 jam jugak la..tapi alhamdulillah masa nak lahirkan baby (push) sekejap je..
Dalam 5 minit dah keluar
Habis je berpantang, terus pasang IUCD
Merancang untuk masa depan yang lebih gemilang ^.^!

Disebabkan sakit bersalin yang lama, dikhuatiri baby ada jangkitan kuman
Jadi, terus je deorang masukkan dalam Wad Khas untuk baby
Alhamdulillah DHIA tak ada apa2 jangkitan
Tapi dekat 4 hari DHIA kena tahan kat Wad tu taw
Buat ujian itu ini..Cucuk situ sini..sedih tengok :(
Dan setelah hari ke -4, dalam tengah hari DHIA dibenarkan pulang ke rumah!! 
happy!

Ni gambar DHIA berposing dengan ayah




Jangan tanya kenapa gambar Farisha tak ada dalam ni...
Sebab gemuk ok! Malu nak hadap muka sendiri
Kembang2 lagi
(adui...dah terjawab pulaks..)

ok Next!
Gambar ni telah tercalon sebagai gambar nostalgia sebab opah DHIA memang renung gambar ni
dikala DHIA tiada disisi...
Gambar lepas mandi..



Zooommmmm


Terima kasih pada uncle untie yang bagi DHIA hadiah ni..
Gambar sebahagian hadiah..Yang lain tak sempat nak diselamatkan..hehe



Jom cuci mata dengan gambar2 aksi DHIA yang sedang tidur dan menjeling2








Lain kan gmabar2 kat atas? orang cakap baby ni tiap2 hari muka dia berubah..
Orang cakap la..Tapi Farisha tengok sama je..Mungkin sebab hari2 tengok kot

Ni gambar terkini DHIA dengan hunny bee kesayangannya
Dah berusia 2 bulan anak mama ni :)
Berat terkini??? 4.6 kg ^.^


Attention!!!
Item to let go ^.^!

Disebabkan rasa kecewa kerana tak dapat nak fully breast feeding DHIA,
Farisha ambil keputusan untuk let go item dibawah

1) Set Breast Feeding Storage

Condition : 100% baik sebab tak pernah guna langsung

Ada 4 item :-
1) 3 pcs Autumz Storage Bottles
2) 3 pcs Reusable Ice pack
3)  5 pcs Jingle Jungle Breastmilk Storage Plastic Bag
4) Bag Autumz Cooler Bag Flower Chic


Dengan pembelian set ini, 
Farisha akan berikan 10 pcs Disposable Breast Pads jenama Pigeon 
secara percuma!!


Harga beli : RM 70
Harga untuk di let go : RM 60 free postage!!
Siapa cepat dia dapat!

2) Medela Harmony Breast Pump (Manual)

Condition : 80/100
Hanya digunakan 5 kali je sebab susu memang sikit sangat
Tak sampai 2 oz pun  sekali sesi perahan
Sedih :(
Farisha hanya bagi direct breast feeding kat baby + susu Nan HA 

Kotak medela ni ada kemek2 sket + koyak..
Tapi korang tak guna pun kotak tu kan..
Hanya gunakan item didalam
Gambo tak tangkap lagi..Lupa la pulak..huhu
Tapi ni ada gambar ehsan dari google

Harga Beli : RM 190
Harga Untuk di Let Go : RM 140 Free Postage!!
Siapa cepat dia dapat!

3) Mothercare 4 Position Baby Carrier

Condition : 100% baik sebab tak pernah guna langsung
Warna : Merah
Sebab nak let go : Dah ada baby stroller

 



Harga Beli : RM 80
Harga Untuk di Let go: RM 70 Free postage!!

Sesiapa yang berkenan tu, cepat2 email kat
diarisedetiklebih@gmail.com

Booking tidak dibenarkan ye~