EKSPERIMEN SUSU DHIA

 
 Bereksperimen pulak Farisha sekarang ni..Korang nak tahu tak?
Dhia baru je masuk 2 bulan seminggu tapi dah 5 jenis susu tin bertukar2!
Tak tahu susu apa yang terbaik

Masa lepas lahir, susu badan tak banyak. Dhia pun menangis sebab tak kenyang
Kesian :(
 jadi Farisha buat keputusan untuk belikan susu Tin
Masa belikan susu pertama Dhia, husben yang pergi belikan kat Mydin
Dia tanya pada supervisor kat situ susu apa yang ok
dia cakap belikan dulu susu mahal, kalau tak ok, baru try susu murah
Jadi, terbelilah "SIMILAC"
Tin kecik molek harga dalam RM50

(Gambar tin lupa..Kalau korang nak beli, tengok label untuk new born ye)

Bila dah guna lebih kurang dalam seminggu, 
Farisha perasan muka Dhia naik ruam merah2
Farisha telefon kawan yang kerja nurse bahagian Wad Baby
tentang susu yang deorang guna kat hospital untuk baby
Dia cakap susu "Enfalac A+" bagus
Semua baby dekat wad gemuk2 sihat minum susu tu
Harga dia tak ingat tapi memang mahal
Dia pun bagi anak dia minum ANMUM je

Jadi, lepas je dengar, terus suruh husben beli "Enfalac A+"
Tak lama kemudian, husben kol gtaw susu tu mahal
Harga dalam RM70 kalau beli kotak, kalau tin dalam RM80++
Disebabkan masa tu xckup duit, terus je beli susu "ANMUM"

 

Sekotak dalam RM50..Kalau tin mahal lagi
Bila dah guna, Farisha perasan Dhia asyik muak je.Banyak pulak tu
Macam air je keluar..Risau betul la termasuk hidung ke
Walaupun dah sendawa, still muak lagi
Then, ruam pulak tak hilang2

Terus tukar susu lain..
Tanya kawan, dia suruh try susu "NAN HA 1"
Katanya susu tu sejuk sket..Mungkin baby tak sesuai dengan susu lembu
Apalagi, terus je beli "NAN HA 1" harga RM77.00 setin..
 

Dah guna sampai 4 tin memang ok. Ruam xda
Rasa susu tu pelik sket la tapi baby still boleh minum
Tapi  yang susah sket, 4 tin tu tahan dalam sebulan lebih je..Aduh..
Payah gini..

Bila tin yang ke 4 tu nak habis, husben suruh try beli susu yang murah pulak
JImat katanya
ok! terus beli " DUTCH BABY"
Harga memang mampu sangatlah..
Sepekat sederhana besar tu baru RM17
Tak sampai seminggu minum, Dhia kembali muak 

Aduhai! Nasib baik le susu "DUTCH BABY" tu sedap. 
Tak habis pun, Farisha boleh tolong habiskan
Rasa macam susu biasa Dutch Lady tu je

Last and Final! Semalam beli susu SNOW BRAND 900gram

 

 Susu ni ramai jugak cakap bagus! 
Farisha pernah buat Check Up kat klinik,
nampak baby bambam betul, bila tanya, mak dia cakap bagi minum Snow Brand
Kedua, pernah terbaca komen kat Facebook yang mengatakan susu ni terbaik
buat selamanya untuk anak dia ^.^
Harga RM68
Tak murah , tak mahal
Sebulan sampai 3 tin pun tak kisah
Janji DHIA dapat khasiat terbaik
Muktamad! Tak nak tukar susu dah..Kesian Dhia

Kenapa tak nak teruskan susu "NAN HA 1" ? 
Sebab bila Dhia berak, taik dia busuk betul + warna hijau
dan macam ada biji2 macam bijan tu
Tak tahu le normal ke x
Pakai susu yang lain2 ok je warna kuning

ok la..Penat berceloteh..Jom layan gambar DHIA




Atok je yang bersedia nak tangkap gambar..Yang lain kelaut..hihi



14 comments:

Dialah Wahidah said...

Bgs jugak sis buat esprimen mcm ne 5kali tkr susu tu pipi mongil.. comel nya mama dhia ... Hehehe.

Mar Mansor said...

farisha buat eksperimen tu tak beli tin kecik ke?
saya nak sgt ank saya minum susu snow tp dia tak serasi...sembelit pulak..

CikMerah@Mira said...

comelnya....geram tengok pipi baby...:)

DIARI FARISHA said...

Mar Mansor : Tin kecik xde..smua tin sederhana besar :(

Miess ct said...

Dhia minum susu snow poo2 dia xhijau ke?..baby sy mnum snow gak tp poo2 xcantik...tukar ke dutch lady baru ok...hmm..mmg snow bt baby bambam la..

Anisah Badariah said...

Patut anak sy bambam..dr step 1 smpai skrg step 3 minum snow je..alhamdulillah dia xsembelit..abg dia masuk step 3 kena tukar dh sbb sembelit teruk..abg kena minum novolac it grow utk bdk sembelit..yg abg kurus kering.adik bambam

Anisah Badariah said...

Patut anak sy bambam..dr step 1 smpai skrg step 3 minum snow je..alhamdulillah dia xsembelit..abg dia masuk step 3 kena tukar dh sbb sembelit teruk..abg kena minum novolac it grow utk bdk sembelit..yg abg kurus kering.adik bambam

MAT NOR said...

Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

Hazwan Hidayati said...

Susu snow ade x utk bby 1thn keats ye??ank sy xnk susu lain..nk snow je..susu yg ank pngsuh dia mnum tp 0-9 bln la..

Carmen Carmen said...

snow ada 4 langkah
langkah 1 .0-9bulan
langkah 2 .6-18bulan
langkah 3 .1-3 tahun
langkah 4 .3+tahun keatas
cuba beli kat 99speedmart...

Labqiila said...

Susu snow ada jual dlm paket x? Murah lg kan?
Skrg pakai vendor yg jual ke hospital, susu snow no 2 dlm rm146 utk 2 tin besar

tengku firna said...

mcm mane ye sukatan susu snow untuk baby 3 bulan ke atas... ?

surayda khairudin said...

snow brand untuk perkembangan otak baby ok tak??

Aku keliru said...

Anak sy pun poo2 kaler ijau sbb minum snow. Tp xde plak dia merengek ke, x selesa ke. So sy assume yg xde prob kut poo2 kale ijau. Maybe kndungan Snow tu banyak iron.