KEMBALI BERBLOGGING SETELAH BERCUTI 2 BULAN!!

 
Yeahhh!! rindunya nak kembali berblogging..Kejap je masa berlalu..
2 bulan bercuti rasa macam 2 hari je..Lepas tu, bila dah stat keje, mula la
rasa malas gila..Nak sambung cuti bergaji karang bos bagi kaki pulak..hihi~

Kenapa cuti 2 bulan??
Korang nampak tak gambo kat atas tu? 
(abaikan tangan yang kembang tu sebab sekarang dah kurus sket..hihi)
Sakit teruk ke ?
 Kalau uols nak tahu, Farisha dah pun selamat melahirkan anak pertama
pada 19/10/2013 (Sabtu) Jam 3.41 pagi, baby girl seberat 3.4 kg, bersalin normal ye 
(dengan 2 kali dos di cocok ubat paksa beranak- nama ubat tu tak hingat dah..ngeh2)
yang diberi nama DHIA DAYANA bermaksud 
DHIA = Sinar/ Cahaya
DAYANA = Yang gagah perkasa
ape ke pelik sangat makna nama DAYANA tu? Farisha letak jugak nama tu sebab sedap disebut
Lagipun, kalau gagah perkasa,tak ada la orang nak buli dia gitewww

Doktor menjangkakan baby lahir pada 22/10/2013 (Isnin)
Tapi disebabkan bos tak bagi cuti ehsan sebelum bersalin,
 Farisha  buat la cuti ehsan sendiri (pakei annual leave) selama 2 hari iaitu 
17/10/2013 (khamis) + 18/10/2013 (Jumaat)
Takut jugak la kalau terberanak kat opis..Malu den..
Dah terbayang sakit2terjerit2 sambil turun lift + tangga + naik ambulan
kompom ramei yang jadi saksi nanti..Udah opis tepi jalan beso..Tak ke ramai orang akan nengok
Ya! ampun
Bila matahari terbenam dan malam pun berlabuh untuk menanti kedatangan hari jumaat, 
masih jugak tak sakit2..Mula la riso..Cuti dah guna
Kalau nak sambung cuti lagi, habisla annual leave..
Malam tu solat, minum air zamzam, makan kismis, kurma, dan sebelum tido berdoa
semoga esok bersalin
Tengok2, pagi jumaat dalam 6.30 pagi gitu ketuban pecah!
tak rasa sakit pun..siap boleh solek2 melawa nak pegi spital..hihi
 Sakit (contraction) bermula jam 10.30 pagi..Lama jugak.Mau dekat 24 jam jugak la..tapi alhamdulillah masa nak lahirkan baby (push) sekejap je..
Dalam 5 minit dah keluar
Habis je berpantang, terus pasang IUCD
Merancang untuk masa depan yang lebih gemilang ^.^!

Disebabkan sakit bersalin yang lama, dikhuatiri baby ada jangkitan kuman
Jadi, terus je deorang masukkan dalam Wad Khas untuk baby
Alhamdulillah DHIA tak ada apa2 jangkitan
Tapi dekat 4 hari DHIA kena tahan kat Wad tu taw
Buat ujian itu ini..Cucuk situ sini..sedih tengok :(
Dan setelah hari ke -4, dalam tengah hari DHIA dibenarkan pulang ke rumah!! 
happy!

Ni gambar DHIA berposing dengan ayah




Jangan tanya kenapa gambar Farisha tak ada dalam ni...
Sebab gemuk ok! Malu nak hadap muka sendiri
Kembang2 lagi
(adui...dah terjawab pulaks..)

ok Next!
Gambar ni telah tercalon sebagai gambar nostalgia sebab opah DHIA memang renung gambar ni
dikala DHIA tiada disisi...
Gambar lepas mandi..



Zooommmmm


Terima kasih pada uncle untie yang bagi DHIA hadiah ni..
Gambar sebahagian hadiah..Yang lain tak sempat nak diselamatkan..hehe



Jom cuci mata dengan gambar2 aksi DHIA yang sedang tidur dan menjeling2








Lain kan gmabar2 kat atas? orang cakap baby ni tiap2 hari muka dia berubah..
Orang cakap la..Tapi Farisha tengok sama je..Mungkin sebab hari2 tengok kot

Ni gambar terkini DHIA dengan hunny bee kesayangannya
Dah berusia 2 bulan anak mama ni :)
Berat terkini??? 4.6 kg ^.^


Attention!!!
Item to let go ^.^!

Disebabkan rasa kecewa kerana tak dapat nak fully breast feeding DHIA,
Farisha ambil keputusan untuk let go item dibawah

1) Set Breast Feeding Storage

Condition : 100% baik sebab tak pernah guna langsung

Ada 4 item :-
1) 3 pcs Autumz Storage Bottles
2) 3 pcs Reusable Ice pack
3)  5 pcs Jingle Jungle Breastmilk Storage Plastic Bag
4) Bag Autumz Cooler Bag Flower Chic


Dengan pembelian set ini, 
Farisha akan berikan 10 pcs Disposable Breast Pads jenama Pigeon 
secara percuma!!


Harga beli : RM 70
Harga untuk di let go : RM 60 free postage!!
Siapa cepat dia dapat!

2) Medela Harmony Breast Pump (Manual)

Condition : 80/100
Hanya digunakan 5 kali je sebab susu memang sikit sangat
Tak sampai 2 oz pun  sekali sesi perahan
Sedih :(
Farisha hanya bagi direct breast feeding kat baby + susu Nan HA 

Kotak medela ni ada kemek2 sket + koyak..
Tapi korang tak guna pun kotak tu kan..
Hanya gunakan item didalam
Gambo tak tangkap lagi..Lupa la pulak..huhu
Tapi ni ada gambar ehsan dari google

Harga Beli : RM 190
Harga Untuk di Let Go : RM 140 Free Postage!!
Siapa cepat dia dapat!

3) Mothercare 4 Position Baby Carrier

Condition : 100% baik sebab tak pernah guna langsung
Warna : Merah
Sebab nak let go : Dah ada baby stroller

 



Harga Beli : RM 80
Harga Untuk di Let go: RM 70 Free postage!!

Sesiapa yang berkenan tu, cepat2 email kat
diarisedetiklebih@gmail.com

Booking tidak dibenarkan ye~

7 comments:

Dialah Wahidah said...

Farisha junior in the house.... Gedebab sgt... Tu. Tanak kuar prt mama dia tu kasi mkn sdp2 heheh!

Nuna Pringia said...

comelnya kak farisha! wah seronoknya ada baby sendiri! nuna terigin nk ada baby.. hahahahhahaha tapi study lagi lorh.. asyik tgok bby org jek... bila lah kan... arghh 10 tahun lgi! hahahahhaha

Qashmere said...

Welcome back .... hehehe

Aswan Azmy said...

comelnye...

: Capital N : said...

hai farisha...
welcome to mama the club..hehe..
comel beby...
tahniah....

Ct Noraishah said...

wahhh..tembamnya bbay tu

Nadia Johari said...

comelnyer..bambam kak