BERSEDEKAHLAH KEPADA YANG MEMERLUKAN

Hidup ini cuma sementara. Amalan bersedekah ini insyallah
akan banyak membantu kita di akhirat kelak

Tapi bagaimana pula dengan duniawi?
 Bahawasanya : 

Bersedekah Dengan Ikhlas Akan Mendapat Empat Kebaikan Iaitu :

Dipanjangkan Umur / Di Jauhi Su'ul Khatimah / Menghapuskan Sifat Sombong / Di murahkan Rezeki

 Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk  dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Pernah dengar rakan-rakan Facebook/laman sosial
sharing pengalaman mereka mengenai "Keajaiban Sedekah"??
Tak sampai 1 jam Allah balas semula kebaikan yang pernah diberikan
 Aku ingat sikit2 jela, macam ni :
"Kakak A menghulurkan sedekah kepada seorang budak
yang meminta sedekah dengan penjualan buku
Kakak A tidak mahukan buku itu dan mengatakan dia ikhlas membantu
Lima minit selepas itu, Kakak A pergi ke pasar malam
dan tanpa diduga, seorang penjual ayam menghulurkan
3 ketul ayam secara percuma!
Sedekah katanya. Bayangkan dalam ramai2 orang kat pasar malam tu,
Kakak A terpilih untuk dapat ayam percuma
Kakak A amat terkejut dan tidak menyangka Allah membalas perbuatan baiknya serta merta! "

Firman Allah SWT  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa  yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)

Ha! anda nampak tak keajaiban tu?
Yang penting, kita kena percaya dengan rezeki Allah
dan ikhlas

Kalau anda nak tahu kisah Keajaiban Bersedekah,
bolehlah google ye

 Nampak tu? Rahsia Murah Rezeki??? 
Yang pertama sekali adalah sedekah

 Kini, nak bersedekah dah boleh guna akaun bank secara online
Tak susah kan? Klik dan derma! Siap

=======================================
Aha! Panjang pula pembuka kata ye~
Berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya aku nak beritahu
satu laman Facebook yang amat memerlukan sumbangan dari semua. Klik ini:-

Insan yang amat memerlukan sumbangan ini adalah
terdiri daripada bayi dan kanak-kanak

Terkini : Hulurkan bantuan kepada Adik Ammar
Walaupun cuma RM 1.00 tetapi besar ertinya bagi ibu bapa Adik Ammar

 Sila Share jika ianya bermanfaat
Jika anda tahu laman Facebook yang memerlukan sumbangan, sila komen di bawah

 ======================================
p/s : Jika mahu bersedekah, pilihlah medium dan orang yang betul.
Jangan semborono menghulurkan bantuan kerana  kini banyak kes penipuan melibatkan pelajar tahfiz & sindiket sedekah menggunakan kanak2
Sedihnya jika seseorang itu amat memerlukan sumbangan kita tetapi tiada dan ianya sudah terlambat :(
====================================

9 comments:

Yumida Huda said...

bersedekah ikhlas keranaNya. moga kita sentiasa dirahmati olehNya

DIARI FARISHA said...

betul tu Yumida.. :)

Kisah Si Dairy said...

sedekah itu amalan yang mulia..

Mazatul Muhamad said...

Bersedekah kerana Allah... Semoga bermanfaat kepada yang menerima dan masyarakat amnya.. Sebaik-baik sedekah adalah yang memberikan manfaat kepada ramai makhluk..

Zamani Abe said...

insya Allah entri ni boleh timbulkan kesedaran org utk bersedekah

Wafi Remli said...

Bersedekah, harta kita yang sebenarnya...kalau yang kita pegang tak tentu terus jadi milik kita atau orang lain...

Hanif Idrus said...

Peringatan yang baik

firara ara said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Saya ingin memohon sedikit bantuan kewangan bg membantu saya.saya muhammad ahlam firdaus seorang mahasiswa yg skrg sedang melanjut kan pengajian saya di Indonesia dlam bidang syariah

Saya tidak menerima mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,hanya tajaan dari kedua orgtua saya,mereka tidak la berpendapatan tinggi.ayah saya hanya la bekerja sebagai jaga keselamatan di kilang,manakalah ibu saya suri rumah yg menanggung saya dan adik2 sy yg masih di bangku sekolah.sy mempunyai 8 adik beradik dan skrg tinggal 7 kerana abg saya batu shj pergi menghadap ilahi akibat kanser tulang tahap 4.

Jadi,sy amat2 lah memerlukan bantuan dari pihak tuan utk membantu saya,jika pihak tuan memberi bantuan dlam bentuk pinjaman sekali pun sy sudi membayar nya semula.

Sekian wasalam.
0196135660