Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki orang lain

 
Semalam, aku ter"beli" 1 biji kek Chocolate Moist
Sebab kawan aku kata, kek Kakak S sedap dan coklatnya unik
tak macam orang lain yang letak susu, ni betul2 rasa coklat
Aku pun terus la Add Friend dan inbox Kakak S
Aku lantas bagi nombor telefon  lepas diminta
Bila ditanya, 1 biji kek tu harganya RM 35 + kos penghantaran RM 5 total = RM 40
Tapi Belum sempat aku buat keputusan sama ada mahal atau tidak
Kakak S terus telefon aku
Tak terucap di mulut untuk mengatakan 
"lain kali saya order ye kak, saya tanya je dulu"
Terus je aku setuju beli
Oh! mine
Dan delivery dibuat pada malam hari itu juga sebelum jam 10 malam
Sebab suami Kakak S balik kerja jam 8 malam

Waktu aku setuju beli, jam menunjukkan jam 2.30 petang
Dari waktu itu, hati aku dah tak tenteram
Sehingga balik kerja, bawak kereta pun hati rasa semacam
menyesal sebab order
"nak makan2 je pun, bukannya untuk hari jadi, lain kali pun boleh order"
"mahal la RM40 tu..Kek biasa je letak dalam bekas plastik,kalau order kat Kakak N
lagi cantik, siap letak dalam kotak kek, baru betul2 macam kek"
"gatal lagi pegi inbox, bagi nombor telefon bagai"
"tunggu la gaji baru beli, nanti duit tak cukup baru padan muka,dah la lagi 2 minggu baru gaji"

Ha! banyak betul ayat penyata bermain2 di minda waktu tu
Kek tu macam ni je, 1 kg


Kalau beli kat Kakak N, dapat kek macam ni, siap ada Cheese lagi
Harga Sama Total RM 40


Aku dah pernah beli kek ni, boleh lihat entry kat SINI

Berbalik pada cerita aku tadi, aku mula redha dan berserah jela bila waktu
untuk delivery kek tiba
Jam 9.30 malam, kek dihantar
Kakak S tu peramah, aku tengok dalam kereta ada 3 orang anak kecil
Masing2 kelihatan mengantuk
Terdetik di hati aku, kesiannya terpaksa bawa semua anak untuk delivery sebiji kek sahaja!

Masuk je rumah, apa lagi, aku terus cuba dan ternyata, ianya SEDAP GILA
Coklat banjir sampai nak makan kek pun coklat masih turun kebawah
Owh! memang tak sia2 beli
Dalam hati, rasa bersyukur sangat sebab ter"beli" dengan kakak S
Sebab apa???

"kesungguhannya - 
terus telefon bertanyakan order, 
sanggup bawa anak2 untuk delivery sebiji kek dimalam hari, 
menghasilkan kek yang sedap dengan limpahan coklat,
update status di Facebook dengan gembiranya mengatakan ada orang order, dari mula buat kek sehingga kek siap sehingga nak buat delivery sambil tag nama aku"

Ya Allah, benarlah kata Mu 
"Dalam rezeki Kita, Ada Rezeki orang lain"
Bermakna, duit yang ada pada aku, yang diniatkan untuk disimpan 
tidak kesampaian kerana rupa-rupanya ianya merupakan rezeki Kakak S
Dapatlah Kakak S menampung perbelanjaan keluarganya
dengan anak2 yang masih kecil

 Insaf! perancangan Allah itu Hebat dan ada hikmahnya
Kini aku tidak lagi menyesal :)

======================================================
p/s : Teringat pula pada Mak aku..Betapa gembira menerima order 
Bihun / Mee / Nasi Goreng dari rakan sekerja Kakak aku
Walaupun cuma 15 bungkus dengan harga jualan RM1.50 sebungkus , 
tapi telah bangun seawal jam 5 pagi
Gembira dapat berniaga kecil-kecilan setelah sekian lamanya
Semoga rezeki Mak aku terus bertambah, amin~
=======================================================


6 comments:

Budak Kampung said...

betoi 2 tu kak, dalam rezeki kita ada rezeki org lain tanpa kita sedar.kita kehilangan sesuatu tapi allh gantikan dengan pahala yang berganda

Ana Solehah DI said...

Salam...sedap pulak nampak kek tu, macam nak buat jea lepas ni....

Aziela said...

Betul tu. Rezeki yang Allah beri, bukan setakat wang ringgit saja. Kesihatan, kegembiraan, kejayaan anak2 dalam pelajaran dan sebagainya..semua tu rezeki Allah. Selagi kita tidak alpa dan bersyukur, Insya Allah, adalah rahmat Allah.

Nur Raihanah said...

waahh kek coklat. favourite saya tu :)

Haslinda Hassan Ali said...

sedapnya

Dialah Wahidah said...

Amin.. Nampak kek pn sedap.. Dlm mmbeli kek dapat gak pahal...