MEMBELI SAMBIL MEMBANTU RAKAN BLOGGER

 
Kenal dengan Blogger Alia Haryanie???
Tak nak cerita panjang sebab rakan2 blogger yang lain ada buat entry tentang beliau


dan banyak lagi entry yang tak tertulis disini
korang boleh terus lawati Blog beliau 

Jika korang ada Facebook,bolehlah Add Alia Haryanie

DiFacebook tersebut, Alia ada menjual Popia Simpul,Mini Popia Serunding Ikan,
Serunding Ayam,Ikan,Daging
Sedap tu kalau buat kudap2 bulan puasa
Tengok gambar pun dah terbayang kesedapannya
Arghhh! Terlioqqqq mak nok :)



Kalau lapar lagi, lepas solat terawih,boleh kruppp krappp
sambil tengok TV
Tak sedar dah nak habis sebalang..hihi~
Kalau nak beli siap2 untuk raya pun lagi best!
Yang penting,semua produk Alia ni original dari Kelantan




1 kg Popia Simpul =rm30
kos pos = rm6
Sgt berbaloi2 :)

Bukan tu sahaja.
Alia turut menjual produk2 lain seperti nasi mandy Arab,Toto Narita,Tilam Bear Bayi

Mari membantu beliau dengan membeli produk2nya
Semoga kita semua diberkati Allah dan dapat meringan beban yang ditanggung beliau :)
Insyallah

UBAT KURUS ITU HAMPIR MEMBUNUHKU (TRUE STORY)

 
Entry ini ditulis khas terutamanya pada mereka yang terlalu obses mengambil/membeli ubat kurus
yang di jual dipasaran tanpa mengetahui kandungan didalamnya
Demi mendapatkan berat badan yang ideal dan cantik,sanggup makan/cuba apa sahaja
PRODUK KURUS
Semoga cerita ini dapat memberikan pengajaran kepada anda
*Ini adalah kisah benar yang terjadi pada diri Farisha sendiri*
------------------------------------------------------------------------------------------
Sekitar tahun 2006-2007, Farisha diterima masuk ke sebuah Universiti tempatan yang dikatakan
hebat iaitu Universiti Malaya dalam bidang XXX (biarlah rahsia k.hihi)

Masa itulah, berat badan Farisha bertambah dan bolehlah dikategorikan sebagai sederhana gemuk (sedang2)
Sebabnya --> makan,belajar,tido
Fakulti pun dekat je dengan kolej..
Tak sampai 5 minit sampai dah.
Bilik2 kuliah pula bersebelahan antara satu sama lain dan
bilik tutorial terletak dalam 1 koridor yang pendek
Menyebabkan pergerakan fizikal yang tak banyak,lemak terkumpul tepu
Mulalah pening kepala
bayangkan tasek/taman sekitar depan kolej
nak berjoging pun malas
nampakkkk~
Jadi,cara penyelesaian termudah Makan saja apa jenis suppliment untuk kurus
Macam2 dah aihhh cuba
Tapi kesan dari ubat kurus satu ni la yang Farisha tak boleh lupa sampai bila2
Sebab ianya hampir meragut nyawa. Nak mati rasanya!

Memperkenalkan produk berbahaya ini..
Namanya, LAMI
Disertakan gambar produk




Mana dapat ubat ni?

Satu minggu ni Farisha balik ke 'hometown' jadi 
Farisha beli ubat ni dekat kedai jamu berhampiran taman rumah

Harga mampu milik dan murah untuk pelajar seperti Farisha waktu tu
Dah tengah2 sem poket kering kot~ T.T

Makan ubat 3x shari
Dari hari pertama makan dah nampak kesan
Memang ohsem gila..
*kurang rasa lapar
*berat badan susut dalam masa singkat!
Hip Hip Hurray!!

Waktu Makan di kolej ada 3 :-
8pagi
12 tgh hari
6 petang

Kalau dah makan pagi, tak payah tunggu jam 12 tgh hari..takkan lapar..
Rasa kenyang je bila makan ubat tu
Tapi Farisha tetap tapau jugak la untuk tengah hari tu
cuma lewatkan waktu makan sekitar jam 2-3 petang
waktu petang pun sama lewatkan makan
Ada jugak time yg Farisha betul2 skip
sebab rasa kenyang berpanjangan
Minum air pun ok dah
kebiasaannya malam2 yang lapar mencari jajan terus hilang!
Kenyang!



Dan tahu? berat badan Farisha menjadi susut dalam masa singkat
Tak dapat nk timbang la berapa sbb dekat kolej tu mana nak cari penimbang kan
perubahan ketara : bila pakai baju,seluar semua jadi longgar
happy gila! dah slim kot..cepat pulak tu
Disebabkan genbira dengan perubahan ketara tu,
Jadi,farisha teruskan makan ubat tu sampai 2 botol

------------------------------------------------------------------------
Masuk botol yang kedua nilah,mimpi ngeri bermula

PERUBAHAN PERTAMA :


 Tak boleh tidur malam, insomnia kot
Rasa nak gila sebab otak,mata penat tapi tak boleh lelap
sampai ke pagi dok kelip2 mata fikir bila la nk tidur ni
Farisha sekadar tidur2 ayam je
Dan ianya berterusan sehingga malam ke-3
Time siang pun tak boleh tidur
Biasa lepas makan boleh tidur jadi tak boleh dah
Bayangkan dalam 3 hari ni Farisha tak tidur langsung

PERUBAHAN KEDUA :
pada masa yang sama dengan masalah 1 kat atas, Farisha rasa urat di belakang tengkuk
berdenyut2 kuat sehingga membuatkan Farisha pening kepala yang teramat
tak pernah pulak rasa macam ni sebelum ni
Makan la panadol tapi kesannya sekejap je
lepas tu datang balik
Dah la imsomnia,lepas tu urat tengkuk berdenyut2
Bila baring nak tidur tu, arggghhhh
korang byangkanlah macam mana stressnya

PERUBAHAN KETIGA :
Degupan jantung menjadi abnormal
seolah2 ianya berdegup 2x lebih pantas dari jantung biasa
Bayangkan lepas lari 100m, degupan jantung lajukan??
lepas tu bayangkan korang berdebar2 macam kena bagi oral speaking diatas
pentas yang ramai dengan orang
macam tulah rasa
padahal berjalan dari fakulti ke kolej je pun, sekitar 5 minit perjalanan
dan naik tangga kolej ke tingkat 3 (bilik) - dengan gaya naik tangga paling relax dan santai)
pun jantung boleh jadi kencang macam tu
rasa nak terkeluar
senang cita,macam nak kena serangan jantung la

PERUBAHAN KEEMPAT :
Badan jadi lemah dan lesu
Tak mampu dah nak pergi ke kuliah..
ambik cuti kehormat,rehat je dalam bilik sebab kesemua petanda kat atas tu tak hilang2
Makan pun jadi ala kadar je

Ya Allah!
Farisha betul2 rasakan ajal nak dekat
manalah tahu petanda 40 hari kan
Berdoa dalam solat sambil menangis
ampunkan dosa etc
Telefon mak mohon maaf :(
argghhh! sedih gila rasa bila ingat
-------------------------------------------------------------
 Dalam hari ketiga tu,Farisha terlintas dalam hati nak google
tentang produk yang Farisha makan tu : LAMI
Dan hasilnya amat2 mengejutkan
-------------------------------------------------------------
Ada keluar dalam berita, siapa yang makan boleh menyebabkan tak siuman,semput kronik
Gambar dalam berita tu produk LAMI


Kementerian Kesihatan ada mengeluarkan kenyataan bahawa produk LAMI
telah disenarai hitamkan
Baca artikel Berita Harian - SINI

Ubat ini berasal dari Indonesia dan dikenali sebagi jamu. Bahan-bahan yang digunakan memang semuanya berasaskan jamu tetapi dalam produk ini mengandungi sejenis kandungan yang dipanggil SIBUTRAMINE (Istilah racun berjadual) di mana pengguna hanya dibenarkan mengambilnya atas nasihat Doktor dan tujuan tertentu sahaja. SUMBER

Kesan sampingan ubat ini memang boleh dirasai dipenggunaan pertama atau kedua. Semua yang mengambil ubat ini akan WAJIB mengalaminya. Di sini saya nyatakan kesan-kesan yang akan  di alami..Antaranya seperti

  • Degupan jantung bertambah pantas
  • Tekak berasa haus yang melampau
  • Berpeluh yang melampau
  • Pening serta mual-mual
  • Hilang selera makan
  • Kemurungan yang melampau
  • Mudah berasa marah 
  • Tiada tenaga
  • Mengalami halusinasi (risiko menjadi gila)
  • SUMBER
Artikel tahun 2010 :
Seorang wanita telah dimasukkan ke hospital selepas menggunakan produk pelangsingan badan ini. Beliau mempunyai gejala psikiatris termasuk halusinasi auditori dan visual, paranoid dan perasaan yang tidak stabil (psychiatric symptoms including auditory and visual hallucinations, paranoid ideas and low mood) selepas minum produk ini pada bulan lalu.

Sibutramine adalah formulasi untuk mengawal nafsu makan pada seseorang bagi tujuan pelangsingan badan dan memerlukan kawalan perubatan yang ketat. Kesan sampingan termasuk penambahan tekanan darah dan degupan jantung (increased blood pressure and heart rate, symptoms of psychosis and possibly convulsion). Orang yang mempunyai masalah jantung dinasihatkan tidak mengambil sibutramine. 
Artikel Penuh baca SINI
Komen dari pengguna Lami : SINI
------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah! nasib baik Farisha google kalau tak mungkin dah mati agaknya
sebab ambil produk tu secara berterusan
Terus Farisha stop makan dan BUANG dalam tong sampah!
Lepas tu minta kawan2 belikan buahan2 untuk Farisha makan
dan Farisha juga kerapkan makan bagi menambahkan semula nutrien dalam badan yang dah hilang akibat tak cukup makan ketika makan LAMI
Alhamdulillah,kesihatan makin pulih dari hari kehari dan simptom kat atas tu dah hilang!
Dah serik nak guna ubat2 kurus yang haram ni
Rawatan alternatif kurus : Bersenam , amalkan pemakanan seimbang,kurangkan kalori etc
Semoga ianya menjadi pengajaran buat semua bukan hanya pengguna produk LAMI
tetapi juga kepada semua pengguna ubat kurus dipasaran yang tiada pengesahan dari KKM
--------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih sudi baca.
Jangan lupa tinggalkan komen ya :)

UBUT KURUS ITU HAMPIR MEMBUNUHKU (INTRO)

 
Tengah tulis entry tentang ubat kurus berbahaya yang hampir meragut nyawa Farisha satu ketika dahulu...
(perghhh! seriusnya bunyi! ya memang serius sebab tu korang wajib baca entry ni) 
TAPI Farisha simpan buat draf dulu..hihi~ 
Sesiapa yang mempunyai obses ingin kurus dengan ubat-ubatan yang dijual berlambak dipasaran,dinasihatkan baca
***GAMBAR SEKADAR HIASAN***

UPDATE : ENTRY DAH SIAP..BOLEH BACA SINI
 

ATASI MASALAH BIBIR SECARA SEMULAJADI DENGAN PRODUK SPA INI

 
====================================
Aset perempuan yang pertama adalah muka, kedua bibir
====================================
Jangan sampai jadi begini!
Tak cantik laaaa~! Pasti membuatkan anda rasa rendah diri!
Bila bercakap pasti rasa malu,terutamanya bila berhadapan dengan lelaki. 
Eh! anda erasan tak bila kita bercakap dengan seseorang, mata dia pasti melihat kearah bibir kita? berulangkali???
Malukan kalau bibir jadi macam ni..Katakan "TIDAK!"




=> jom ber'scrubbing!' dengan sweety lips scrub by emily
#buangkimialipstikdaribibir
#bibirkeringbermaslaahkinitiadalagi

Adakah anda mengalami masalah bibir seperti berikut????
= kering
= menggelupas dan merekah
= hitam akibat pemakaian gincu & merokok
= warna bibir tidak sekata
= atau seperti gambar dibawah ?
Kini anda tidak perlu risau lagi!! 
Dapatkan Sweety Lips Scrub By Emily
Pasti berkesan!!! Bibir kini lebih sihat & pinkish! 

LAWATI FB :
UNTUK MELIHAT TESTIMONI

[Info Kebaikan Produk : ]
* Mengurangkan masalah bibir hitam
* Membuang lebihan gincu yang melekat di bibir
* Membuang sel kulit mati
* Mengurangkan masalah bibir kering/merekah
* Melembabkan bibir
* Menjadikan bibir merah kemerahan
* Bibir kelihatan lebih sihat & pinkish
===============================
**Lelaki & Perempuan boleh menggunakan produk ini
** Tanpa bahan kimia
** 100% bahan semulajadi
** Produk dari pusat kecantikan dan urutan spa
=============================== 

Soalan : Apa keistimewaan produk ini berbanding Lips Scrub yang terdapat dipasaran ???
Jawapan : Sweety Lips Scrub By Emily lebih berpelembap.tekstur lebih halus dan tidak kering. 
Jadi apabila anda menggosok bahagian bibir, anda tidak akan rasa kesat dan sakit. Walaubagaimanapun, bagi pengguna yang mengalami masalah bibir kering yang teruk sehingga luka, anda tidak digalakkan menggosok Lips scrub dibibir..
Cukup sekadar menyapukannya sahaja
Apabila telah kembali pulih,bolehlah digosok seperti biasa :)

Cara Guna semudah ABC :
1) Sapukan Sweety Lip Scrub pada bibir
2) Gosok perlahan-lahan dalam bentuk bulatan di sekitar bibir
3) Biarkan selama 5-10 minit
4) Bilas dengan air
Mudah kan? 


Kalau malas nak gosok2, boleh pakai masa tidur tanpa bilas.
Kandungan madu asli didalamnya pasti dapat membantu
mengembalikan kemerahan bibir