BOS TAK PUAS HATI

 
Tadi ada emergency meeting
bos tak puas hati sebab fail banyak masalah
Farisha punyalah cuak yelah sebab 1/2 dari fail tu Farisha yang sign
Bila dalami meeting tu,ternyata xde langsung part Farisha salah sign..yeahhh~

Masa staf semua dah keluar,bos suruh Farisha tunggu jap
dup dup dup jantung
Bos kata : staf mengadu yang Farisha selalu lambat untuk sign dokumen .
bos tanya sebab apa?

Alasan 1 : 
Biasa masuk ofis lambat sebab selesaikan dulu hal yang berkaitan kerja kat luar
Sebab tu lambat sign tapi masuk2 je ofis terus sign..tak de nak biar berjam2
Bos jawab : Kalau hal tu tak mengapa lah..memang patut sign lambat

Alasan 2 :
Emergency leave
Bos jawab : Tu semua orang faham..dah emergency leave memang la tak boleh nak sign.
Takkan nak kol minta awak datang sign pulak

Alasan 3 : 
 Dokumen URGENT
Kadangkala saya lambat masuk ofis,mereka akan beri pada bos untuk sign
sebab urgent tu sebab kadangkala mereka cancel nama saya dan letak nama bos
Bos jawab : ok la

Alasan 4 : 
Mereka takkan dapat fail masa tu juga lepas hantar sebab saya nak cek ejaan/nombor/ref,dll..
tu sebab lambat..tapi tak de lah ambil masa sampai berjam2 
dalam 2,3 minit je
(Farisha memang xtahu perkara terperinci tentang fail tu sebab bukan bidang utama. setakat nak
cek ejaan.nombor tu bolehlah...hihi)

Fuhhhhh~ macam2 alasan Farisha beri dan akhirnya alasan ke 4 diterima kerana ia merupakan sebab
utama fail lambat di sign

Terus meeting Farisha dan bos tamat (*-*)
 ---------------------------------------------------------------------------------
Cuba teka : apakah pekerjaan Farisha? hihi~ 
nak bagi hadiah pada peneka tertepat dan terpantas :)

WID : tak leh komen eh...hehe