UBAT KURUS ITU HAMPIR MEMBUNUHKU (TRUE STORY)

 
Entry ini ditulis khas terutamanya pada mereka yang terlalu obses mengambil/membeli ubat kurus
yang di jual dipasaran tanpa mengetahui kandungan didalamnya
Demi mendapatkan berat badan yang ideal dan cantik,sanggup makan/cuba apa sahaja
PRODUK KURUS
Semoga cerita ini dapat memberikan pengajaran kepada anda
*Ini adalah kisah benar yang terjadi pada diri Farisha sendiri*
------------------------------------------------------------------------------------------
Sekitar tahun 2006-2007, Farisha diterima masuk ke sebuah Universiti tempatan yang dikatakan
hebat iaitu Universiti Malaya dalam bidang XXX (biarlah rahsia k.hihi)

Masa itulah, berat badan Farisha bertambah dan bolehlah dikategorikan sebagai sederhana gemuk (sedang2)
Sebabnya --> makan,belajar,tido
Fakulti pun dekat je dengan kolej..
Tak sampai 5 minit sampai dah.
Bilik2 kuliah pula bersebelahan antara satu sama lain dan
bilik tutorial terletak dalam 1 koridor yang pendek
Menyebabkan pergerakan fizikal yang tak banyak,lemak terkumpul tepu
Mulalah pening kepala
bayangkan tasek/taman sekitar depan kolej
nak berjoging pun malas
nampakkkk~
Jadi,cara penyelesaian termudah Makan saja apa jenis suppliment untuk kurus
Macam2 dah aihhh cuba
Tapi kesan dari ubat kurus satu ni la yang Farisha tak boleh lupa sampai bila2
Sebab ianya hampir meragut nyawa. Nak mati rasanya!

Memperkenalkan produk berbahaya ini..
Namanya, LAMI
Disertakan gambar produk




Mana dapat ubat ni?

Satu minggu ni Farisha balik ke 'hometown' jadi 
Farisha beli ubat ni dekat kedai jamu berhampiran taman rumah

Harga mampu milik dan murah untuk pelajar seperti Farisha waktu tu
Dah tengah2 sem poket kering kot~ T.T

Makan ubat 3x shari
Dari hari pertama makan dah nampak kesan
Memang ohsem gila..
*kurang rasa lapar
*berat badan susut dalam masa singkat!
Hip Hip Hurray!!

Waktu Makan di kolej ada 3 :-
8pagi
12 tgh hari
6 petang

Kalau dah makan pagi, tak payah tunggu jam 12 tgh hari..takkan lapar..
Rasa kenyang je bila makan ubat tu
Tapi Farisha tetap tapau jugak la untuk tengah hari tu
cuma lewatkan waktu makan sekitar jam 2-3 petang
waktu petang pun sama lewatkan makan
Ada jugak time yg Farisha betul2 skip
sebab rasa kenyang berpanjangan
Minum air pun ok dah
kebiasaannya malam2 yang lapar mencari jajan terus hilang!
Kenyang!



Dan tahu? berat badan Farisha menjadi susut dalam masa singkat
Tak dapat nk timbang la berapa sbb dekat kolej tu mana nak cari penimbang kan
perubahan ketara : bila pakai baju,seluar semua jadi longgar
happy gila! dah slim kot..cepat pulak tu
Disebabkan genbira dengan perubahan ketara tu,
Jadi,farisha teruskan makan ubat tu sampai 2 botol

------------------------------------------------------------------------
Masuk botol yang kedua nilah,mimpi ngeri bermula

PERUBAHAN PERTAMA :


 Tak boleh tidur malam, insomnia kot
Rasa nak gila sebab otak,mata penat tapi tak boleh lelap
sampai ke pagi dok kelip2 mata fikir bila la nk tidur ni
Farisha sekadar tidur2 ayam je
Dan ianya berterusan sehingga malam ke-3
Time siang pun tak boleh tidur
Biasa lepas makan boleh tidur jadi tak boleh dah
Bayangkan dalam 3 hari ni Farisha tak tidur langsung

PERUBAHAN KEDUA :
pada masa yang sama dengan masalah 1 kat atas, Farisha rasa urat di belakang tengkuk
berdenyut2 kuat sehingga membuatkan Farisha pening kepala yang teramat
tak pernah pulak rasa macam ni sebelum ni
Makan la panadol tapi kesannya sekejap je
lepas tu datang balik
Dah la imsomnia,lepas tu urat tengkuk berdenyut2
Bila baring nak tidur tu, arggghhhh
korang byangkanlah macam mana stressnya

PERUBAHAN KETIGA :
Degupan jantung menjadi abnormal
seolah2 ianya berdegup 2x lebih pantas dari jantung biasa
Bayangkan lepas lari 100m, degupan jantung lajukan??
lepas tu bayangkan korang berdebar2 macam kena bagi oral speaking diatas
pentas yang ramai dengan orang
macam tulah rasa
padahal berjalan dari fakulti ke kolej je pun, sekitar 5 minit perjalanan
dan naik tangga kolej ke tingkat 3 (bilik) - dengan gaya naik tangga paling relax dan santai)
pun jantung boleh jadi kencang macam tu
rasa nak terkeluar
senang cita,macam nak kena serangan jantung la

PERUBAHAN KEEMPAT :
Badan jadi lemah dan lesu
Tak mampu dah nak pergi ke kuliah..
ambik cuti kehormat,rehat je dalam bilik sebab kesemua petanda kat atas tu tak hilang2
Makan pun jadi ala kadar je

Ya Allah!
Farisha betul2 rasakan ajal nak dekat
manalah tahu petanda 40 hari kan
Berdoa dalam solat sambil menangis
ampunkan dosa etc
Telefon mak mohon maaf :(
argghhh! sedih gila rasa bila ingat
-------------------------------------------------------------
 Dalam hari ketiga tu,Farisha terlintas dalam hati nak google
tentang produk yang Farisha makan tu : LAMI
Dan hasilnya amat2 mengejutkan
-------------------------------------------------------------
Ada keluar dalam berita, siapa yang makan boleh menyebabkan tak siuman,semput kronik
Gambar dalam berita tu produk LAMI


Kementerian Kesihatan ada mengeluarkan kenyataan bahawa produk LAMI
telah disenarai hitamkan
Baca artikel Berita Harian - SINI

Ubat ini berasal dari Indonesia dan dikenali sebagi jamu. Bahan-bahan yang digunakan memang semuanya berasaskan jamu tetapi dalam produk ini mengandungi sejenis kandungan yang dipanggil SIBUTRAMINE (Istilah racun berjadual) di mana pengguna hanya dibenarkan mengambilnya atas nasihat Doktor dan tujuan tertentu sahaja. SUMBER

Kesan sampingan ubat ini memang boleh dirasai dipenggunaan pertama atau kedua. Semua yang mengambil ubat ini akan WAJIB mengalaminya. Di sini saya nyatakan kesan-kesan yang akan  di alami..Antaranya seperti

  • Degupan jantung bertambah pantas
  • Tekak berasa haus yang melampau
  • Berpeluh yang melampau
  • Pening serta mual-mual
  • Hilang selera makan
  • Kemurungan yang melampau
  • Mudah berasa marah 
  • Tiada tenaga
  • Mengalami halusinasi (risiko menjadi gila)
  • SUMBER
Artikel tahun 2010 :
Seorang wanita telah dimasukkan ke hospital selepas menggunakan produk pelangsingan badan ini. Beliau mempunyai gejala psikiatris termasuk halusinasi auditori dan visual, paranoid dan perasaan yang tidak stabil (psychiatric symptoms including auditory and visual hallucinations, paranoid ideas and low mood) selepas minum produk ini pada bulan lalu.

Sibutramine adalah formulasi untuk mengawal nafsu makan pada seseorang bagi tujuan pelangsingan badan dan memerlukan kawalan perubatan yang ketat. Kesan sampingan termasuk penambahan tekanan darah dan degupan jantung (increased blood pressure and heart rate, symptoms of psychosis and possibly convulsion). Orang yang mempunyai masalah jantung dinasihatkan tidak mengambil sibutramine. 
Artikel Penuh baca SINI
Komen dari pengguna Lami : SINI
------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah! nasib baik Farisha google kalau tak mungkin dah mati agaknya
sebab ambil produk tu secara berterusan
Terus Farisha stop makan dan BUANG dalam tong sampah!
Lepas tu minta kawan2 belikan buahan2 untuk Farisha makan
dan Farisha juga kerapkan makan bagi menambahkan semula nutrien dalam badan yang dah hilang akibat tak cukup makan ketika makan LAMI
Alhamdulillah,kesihatan makin pulih dari hari kehari dan simptom kat atas tu dah hilang!
Dah serik nak guna ubat2 kurus yang haram ni
Rawatan alternatif kurus : Bersenam , amalkan pemakanan seimbang,kurangkan kalori etc
Semoga ianya menjadi pengajaran buat semua bukan hanya pengguna produk LAMI
tetapi juga kepada semua pengguna ubat kurus dipasaran yang tiada pengesahan dari KKM
--------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih sudi baca.
Jangan lupa tinggalkan komen ya :)

37 comments:

Kisah Si Dairy said...

akak pernah habiskan satu botol,memang kesannya sangat cepat..nak masuk botol kedua,dapat tahu kawan makan dan ada side effect pada buah pinggang..terus tak jadi nak makan...kalau boleh jauhkan pengambilan pil kurus dan dietlah secara sihat...

mama amir said...

tak pernah mencuba lagi tapi kawan pernah la...kesan yang sama...apa2pon, berhati2 lah ye lepas ni dan diet cara yang betul...

Dialah Wahidah said...

>.< Pernah dgr jugak pasal produ ne mmg bahya...panjang umur sis

Inlove -wanda said...

fuhh , nasib baik saya makan 3 biji je. fuhhh ~~ terimakasih untuk info sebb baru tahu :)

Syeeda said...

syukur tak jadi apa-apa kak.

FATIRAH MOHAMAD KASIM said...

Masha Allah sis...takutnya baca kesan negatif yang kita dapat bilah terlalu obses nak kurus.

saya pun jenis nak kurus..tapi mmg pilih produk jugak. sebab penah fikir kenapa kalo amik pil kurus tapi tak rasa lapar.

dapat 1 ilmu ni..pil kurus ni sebenarnya bukan buat kita rasa kenyang berpanjangan. tpi sebenarnya kandungan dalam pil kurus kebanyakkanya ada 1 fungsi yang sekat perkataan lapar dalam otak kita.
maksudnya..bahan tu matikan sel lapar dalam saraf otak kita.
sebab tu..bila salah satu sel otak tidak berfungsi disebabkan sekatan tu. tu yg timbul efek lain.

saya lebih prefer amik cara yang lebih selamat walaupun kesan yang lambat :)

http://fatirahmohdkasim.blogspot.com/

syafawati che hamid said...

Pil ni sama Ka dgn pil langsing.....
Risaw jgk ni

Siti Hajar said...

Klau rasa was2... lebih baik jgn amik risiko mcuba.. Apew jua produk pelangsingan.. Kita tutup telinga..pejam jew mata.. Biar lambat, asal selamat & sihat.. Testing resepi punya hal, akhirnya diri ini mjadi mahluk Tuhan paling seksi ( obes 75kg, tinggi 155cm) Hahaha... Selamat berusaha..

Fisya Yusof said...

Pernah nk cuba produk ni.. tp nasib selidik dulu betul2..Bahaya sangat pil kurus sekarang yg di jual di kedai-kedai jamu

Ckin Ali said...

Tu la..banyak sangat ubat kurus..geram jer nak makan..even takde la gemuk sangat..tapi obses sangat nak kurus. Nasib baik saya ni memang jenis takut nak makan2 ni.cuma sekarang ni pakai pakaian dalam ajaib pb tu je. Jenis saya memang metabolisma rendah.bila pakai pb ni baru la boleh berpelu sikit. Walaupun hanya duduk dalam aircond tapi kalori tetap terbakar dan badan makin bertenaga, sihat dan bentuk badan ber 'cutting' gitu...

Nak kurus, sihat, camtik dan menawan di hari lebaran ni...
013-3496050

http://www.hasikin.com/p/blog-page_5.html

Nur Illyanie said...

sya dah try....mmg jadi..msk botol ke2 insomnia n halusinasi...kerap dgr suara2..trs stop..lps tu bru dpt tau bbhaya...mmmm...nsb baik xd pape skang

Nur Illyanie said...

sya dah try....mmg jadi..msk botol ke2 insomnia n halusinasi...kerap dgr suara2..trs stop..lps tu bru dpt tau bbhaya...mmmm...nsb baik xd pape skang

Siti Hidayah said...

Ubt ni mcm ubt 'duromine'

Siti Hidayah said...

Setuju..

Siti Hidayah said...

Setuju..

Siti Hidayah said...

Ubt ni mcm ubt 'duromine'

Siti Hidayah said...

Ubt ni mcm ubt 'duromine'

Muhammad Haikal said...

Berminat denga Lami...
Harga promosi Syawal...
Untuk cear stock...
Whatsapp : 0133196852

Wanita Bertudung Hitam said...

saya penah amek benda ni, memang berjaya kurus dan ada side efek yg disebutkan di atas, tp tak teruk sgt sbb sy takde la bedal sebijik mcm dia tulis, sy amek sehari sebijik je..lg satu yg jd masalah org kena strok bila amek ubat tu sbb ubat tu paksa jantung berdegup pantas tp si pemakan seorang yg tak aktif, so tak padan la kan, sy mmg seorang yg aktif, sy jogging n workout almost everyday..tp skang da stop dah tak jumpa kedai yg jual dia lagi..

Muhammad Haikal said...

Berminat denga Lami...
Untuk clear stock...
Whatsapp : 0133196852

Sarah Babybee said...

Kawan pernah ambil dari berat badan dye 100kg smpai skrg 60kg. Hampir setahun gak lah dye makan . Tp Alhamdulillah takde pula dgr dye ckp sintom2 ni. Cuma berpeluh , mengah dan dahaga tu ade .mungkin juga ikot antibodi individu kot . Dye cuma ckp , perbanyakan minom air masak sbb dye akan effect buah pinggang, sbb di perbuat dari jamukan, Hishh ape2 pon elakkan lah ye . Bnyak lagi cara nak kurus . Ape2 pon besyukur dgn apa adanya . Amin . 😊😉

Emma mellina said...

Kalau kita telan 8 biji dalam satu masa dan effect dia sama mcm farisha ckp tu..kita perlu ambil langkah apa?

Salasiah Yaacof92 said...

penah jgk try..last2 jth pengsan tawbat dibuatnye

Syakira Sham said...

Kalau makan ubat kurus Shaklee tuh ok tak? Spe yang penah try boleh bagi feed back?

Gel Gambir Emas said...

KHASIAT DAN KEGUNAAN LAMI PELANGSING HERBAL BPOM:

1. Menurunkan berat badan yang berlebihan tanpa efek samping,
2. Menurunkan berat badan anda, hingga 5-15kg dalam waktu 2 bulan saja.
3. Membentuk tubuh menjadi idial, singset dan seksi
4. Menekan nafsu makan, mengurangi rasa lapar, menjaga tubuh tetap langsing.
5. Membakar lemak, lemak yang berlebih di tubuh

WhatsApps >>> 013-3196852

Maria Apple said...

Mcm nak try pula sebotol.sbb sure kurus pnyakan.lepas tu jgn la continue lg.cukup la sebotol.cuma yg bikin takut tu yg bole brhalusinasi.dgar yg bukan2.tak pasal2 nanti nampak hantu time kerja.

Maria Apple said...

Mcm nak try pula sebotol.sbb sure kurus pnyakan.lepas tu jgn la continue lg.cukup la sebotol.cuma yg bikin takut tu yg bole brhalusinasi.dgar yg bukan2.tak pasal2 nanti nampak hantu time kerja.

laily zaini said...

sy pnh try ubat ni.. mmg efek yea cepat sgt.. dlm seminngu daa nmpk perubahan.. tp bhaya.. daa msk mggu ketiga mkn efek y at atas tu semua ada.. y paling tak oke yea ble start dgr bend y tak best.. suare2.. start dr situ terus stop.. ble stop alhmdulillah semua oke normal..

laily zaini said...

sy pnh try ubat ni.. mmg efek yea cepat sgt.. dlm seminngu daa nmpk perubahan.. tp bhaya.. daa msk mggu ketiga mkn efek y at atas tu semua ada.. y paling tak oke yea ble start dgr bend y tak best.. suare2.. start dr situ terus stop.. ble stop alhmdulillah semua oke normal..

misha musa said...

Sebab tu adik kakak tersayang semua..jgn percaya pada produk yg kesan nya sgt cepat..mesti ada some chemichal or bahan yg x sesuai dengan bdn manusia..saya kerja di kilang prosesan produk natural..kami di ajar elak brg2 ada chemical..detok yg kami buat pon zero chemical..semua bahan natural..bukan natural saja tapi organik..dulu sebelum kerja sini sy taksub jugak sebab nak cepat kurus

Tapiii bila dah kerja sini..hari2 hadap artikal bahayanya produk chemical..sy jd seram..
Mujur sis ni sedar n boleh stop ambil pil ni..alhamdulillah..kawan2 semua hati2 kalau nak beli sesuatu..jgn tgk iklan..tapi google kesan sampingan nya dulu..inshaallah kita boleh elak..

misha musa said...

Sebab tu adik kakak tersayang semua..jgn percaya pada produk yg kesan nya sgt cepat..mesti ada some chemichal or bahan yg x sesuai dengan bdn manusia..saya kerja di kilang prosesan produk natural..kami di ajar elak brg2 ada chemical..detok yg kami buat pon zero chemical..semua bahan natural..bukan natural saja tapi organik..dulu sebelum kerja sini sy taksub jugak sebab nak cepat kurus

Tapiii bila dah kerja sini..hari2 hadap artikal bahayanya produk chemical..sy jd seram..
Mujur sis ni sedar n boleh stop ambil pil ni..alhamdulillah..kawan2 semua hati2 kalau nak beli sesuatu..jgn tgk iklan..tapi google kesan sampingan nya dulu..inshaallah kita boleh elak..

misha musa said...

Sebab tu adik kakak tersayang semua..jgn percaya pada produk yg kesan nya sgt cepat..mesti ada some chemichal or bahan yg x sesuai dengan bdn manusia..saya kerja di kilang prosesan produk natural..kami di ajar elak brg2 ada chemical..detok yg kami buat pon zero chemical..semua bahan natural..bukan natural saja tapi organik..dulu sebelum kerja sini sy taksub jugak sebab nak cepat kurus

Tapiii bila dah kerja sini..hari2 hadap artikal bahayanya produk chemical..sy jd seram..
Mujur sis ni sedar n boleh stop ambil pil ni..alhamdulillah..kawan2 semua hati2 kalau nak beli sesuatu..jgn tgk iklan..tapi google kesan sampingan nya dulu..inshaallah kita boleh elak..

Unknown said...

Kalo nak kurus dgn slamat dan sihat gunakan tf pro daripada transfer factor. Suami sy bjaya turunkan 10kg dalam masa sebulan dgn tf pro. Produk us yg dapat halal dr IFANCA. Jika nak tau detail sila hubungi saya Alisa 0147226663

Natasha Binti Nordin said...

Shaklee bukan ubat. Cuma supplement kesihatan. Xde side effect pon. Sy pernah makan lecithin dan alfafa. Mmg jadik!sbb alfafa betulkan jadual berry n betulkan buasir sy yg teruk berdarah lepas bersalin dlu. 2 3 hari makan alfafa dh baik dh xde darah
Lecithin plak sy makan bila nk makan berat dan berlemak sbb dia stop lemak dari diserap. Best2.. ��

Ubat Kurus said...

Hi, macam mana dengan ubat kurus ini?

issam deyna said...

salam siapa nak pill keluaran lami nama dia lida ..dari BRAND JAMU KELUARAN LAMI
TP NAMA DIA LIDA
boleh whatsapp saya di 0142892800

rm48 sebotol-30 bbiji

susah masuk yer sbb takde kkm
makan pill ni kene bykkkk minum air 6botol besar sehari
dan elakan makan lemak dan juga mesti ada aktiviti luar juga

ws untuk org yang berminat,kena bijak jaga diet yer

Nadiatul Akmar Abd.Hamid said...

Arrrrrggggghhhh....sy dh mkn berbotol2 pil ni...knapa sy xtahu..1st mkn je berdebar jntung...dh lme2..rse biasa...setelah sekian lama mkn ubt ni..org sekeliling asik pndang serong je..sy trus stop..mula2 slidik ubt ni..nmpk kat google ksn negatif..sy igt ia skadar kbr angin..tp lama2 sy stop juga..sbb takut jd apa2..alhamdulillah xde pe yg jd kat sy. 😣