WARNA TEMA BAJU RAYA 2014

 
Puasa baru masuk hari ke 3 tapi dah pening pikirkan warna tema
baju raya untuk tahun ini
ikutkan perancangan mula2 nak warna pink
lepas tu bertukar ke Emerald Green 

Tapi hanya tinggal perancangan je
sebabnya,masa pegi beli baju melayu husben semalam,
warna hijau2 biru lebih menarik perhatian
terutamanya perincian pada kolar dan lengan baju tu
cantik!
Ianya nampak lebih ekslusif berbanding baju yang lain
kain pula lembut, sejuk dan dari material satin


Farisha beli dulu baju melayu husben
memandangkan baju melayu warnanya terhad
Lepas tu baru pergi Nagoya belikan Kain pasang Plain
Syukur mak Farisha boleh jahitkan baju kami :)
Tak perlu lah nak 'rushing' hantar baju ke tailor

Farisha tengah fikir2 nak buat jubah / baju kurung pahang
memandangkan sekarang tengah preggy 4 bulan

Tapi yang pasti, tadi Farisha dah pun beli Prada Lace warna kuning untuk
dijahitkan pada baju raya Farisha + Dhia nanti
Harap la sesuai warna hijau2 biru digabungkan dengan lace kuning

Farisha dah beli Prada Lace tu..Online sahaja
dan sangat2 murah berbanding kedia online lain
Rm45 je semeter bidang 45
Gred AA je
Tapi kalau korang nak Gred AAA,harganya cuma RM65
**tak termasuk pos**
kebanyakan kedai menjualnya dengan harga RM60-rm90 taw
Dekat kedai kain lagi la mencecah RM100++
Kalau nak tahu kat mana Farisha beli,bolehlah inbox FB Fan page Farisha ya..

oh ya! kalau korang nak beli 1/2 meter pun boleh :)
Harganya baru RM22.50

Gambar ni jadi inspirasi mengapa Farisha memilih prada lace
sebagai hiasan :-






Cantikkan???
Kalau tak silap Farisha, Prada Lace ni sedang hot
dan menjadi trend terkini

Kalau ikut bujet,
nak jahit Prada Lace macam dalam gambar,
letak kat bawah baju dan lengan,
1/2 meter pun dah cukup rasanya
Tapi kalau anda berbadan besar,belilah lebih ya :)

Tak sabarnya nak siapkan baju raya tahun ni :)

btw, Selamat berpuasa uols!

7 comments:

Kisah Si Dairy said...

memang trend sekarang pattern baju macam tu...color pun sama kan..tapi tahun nie tema pilihan adalah kelabu

Mohd Fadzli Mutalib said...

ada warna kelabu...???

Ain Dzaya said...

selamat hari raya!

Masitah Samsudin said...

Hi...
beli prada lace kat mana yer?

Masitah Samsudin said...

Hi...
beli prada lace kat mana yer?

KST said...

jemput beli prada lace, sequin di sini: https://www.facebook.com/LaceBeadsRhinestonesAndSuch. thanks admmin

Nik Hazily said...

Assalamualaikum..sy ada mnjual prada lace AA rm45/m..bleh ke fb page NIK Collection..@ whatsapp +60137525129