BERSEDEKAHLAH KEPADA YANG MEMERLUKAN


Hidup ini cuma sementara. Amalan bersedekah ini insyallah
akan banyak membantu kita di akhirat kelak

Tapi bagaimana pula dengan duniawi?
 Bahawasanya : 

Bersedekah Dengan Ikhlas Akan Mendapat Empat Kebaikan Iaitu :

Dipanjangkan Umur / Di Jauhi Su'ul Khatimah / Menghapuskan Sifat Sombong / Di murahkan Rezeki

 Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk  dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

 

Pernah dengar rakan-rakan Facebook/laman sosial
sharing pengalaman mereka mengenai "Keajaiban Sedekah"??
Tak sampai 1 jam Allah balas semula kebaikan yang pernah diberikan
 Aku ingat sikit2 jela, macam ni :
"Kakak A menghulurkan sedekah kepada seorang budak
yang meminta sedekah dengan penjualan buku
Kakak A tidak mahukan buku itu dan mengatakan dia ikhlas membantu
Lima minit selepas itu, Kakak A pergi ke pasar malam
dan tanpa diduga, seorang penjual ayam menghulurkan
3 ketul ayam secara percuma!
Sedekah katanya. Bayangkan dalam ramai2 orang kat pasar malam tu,
Kakak A terpilih untuk dapat ayam percuma
Kakak A amat terkejut dan tidak menyangka Allah membalas perbuatan baiknya serta merta! "

Firman Allah SWT  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa  yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)

Ha! anda nampak tak keajaiban tu?
Yang penting, kita kena percaya dengan rezeki Allah
dan ikhlas

Kalau anda nak tahu kisah Keajaiban Bersedekah,
bolehlah google ye


 Nampak tu? Rahsia Murah Rezeki??? 
Yang pertama sekali adalah sedekah

 Kini, nak bersedekah dah boleh guna akaun bank secara online
Tak susah kan? Klik dan derma! Siap

=======================================
Aha! Panjang pula pembuka kata ye~
Berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya aku nak beritahu
satu laman Facebook yang amat memerlukan sumbangan dari semua. Klik ini:-

Insan yang amat memerlukan sumbangan ini adalah
terdiri daripada bayi dan kanak-kanak


Terkini : Hulurkan bantuan kepada Adik Ammar
Walaupun cuma RM 1.00 tetapi besar ertinya bagi ibu bapa Adik Ammar


 Sila Share jika ianya bermanfaat
Jika anda tahu laman Facebook yang memerlukan sumbangan, sila komen di bawah

 ======================================
p/s : Jika mahu bersedekah, pilihlah medium dan orang yang betul.
Jangan semborono menghulurkan bantuan kerana  kini banyak kes penipuan melibatkan pelajar tahfiz & sindiket sedekah menggunakan kanak2
Sedihnya jika seseorang itu amat memerlukan sumbangan kita tetapi tiada dan ianya sudah terlambat :(
====================================

Pengajaran buat diri sendiri (Blogger wajib baca)

 
Aku ada dapat tawaran untuk buat review produk
Bila entry dah siap, aku baru teringat yang gambar asal produk tu aku tangkap guna kamera lain
Rasa tension jap sebab date line untuk beri review hampir tamat
Jadi, aku pun mulalah meng'google' gambar produk tersebut
jumpa 1 gambar. 
aku crop dan letak kat blog
Biasa kalau gambar aku ambil sendiri, aku letak watermark 
tapi disebabkan aku ambil dari sumber lain, aku tak de lah letak watermark ape2

Dalam 1 jam lepas aku update di blog, aku kena
"sapa" dengan pemilik blog tersebut 
Yelah, sebab aku tak credit gambar tu kat blog dia dan crop gambar tanpa kebenaran 

Menyesal! Malu! 
"Kan dah kena tuduh jadi pencuri gambar"!
Memang rasa bersalah gila dan aku lantas delete gambar tu
tanpa berfikir lagi
Aku kemudian meminta maaf kepada pemilik blog tersebut dan 
memberikan salam perkenalan

Salam tak disapa. Tak mengapalah. Memang aku bersalah

Teringat pula masa aku kat universiti, 
buat kerja copy paste tanpa memberi rujukan (credit) kepada owner
Mesti kena potong markah!
Serta merta aku rasa cuak!~
Maafkan aku wahai pemilik blog

3 minggu selepas kejadian,
aku dapat tahu dari owner yang bagi aku review produk tu 
yang aku ada 
copy gambar dari blog orang lain
Perghh! tak sangka secepat tu owner blog menghukum aku
Terus lapor!

======================================
Pengajaran kepada aku & semua blogger :
Sila buat entry sendiri dan gunakan gambar sendiri
Jangan jadi pesalah COPY PASTE atau COPY, CROP & PASTE
Kalau guna gambar orang lain, sila credit pada blog tuan gambar
=======================================

Pencarian Bloglist Bulan March

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

http://itsmetira.blogspot.com/2014/02/segmen-pencarian-bloglist-bulan-march.html

Setelah sekian lama tidak buat segmen ni , hari ni tercetus pulak idea simple nak buat segmen untuk cari bloglist baru . Kalau dulu tira buat segmen jom bersahabat . Kali ni tira nak kekalkan niat nak mencari bloglist bagi setiap bulan .
Dan segmen untuk kali ni adalah untuk bloglist bagi bulan hadapan , bulan March ! Jom lah join . Just buat entry je okeyyy . Entry pn dah siap . Just tinggal copy dan paste ! Ini semua idea bernas kkak Mia lahh . hehe . Senang dan Simple kan ?.
1. Buat entry bertajuk ' Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March'
2. Copy coding entry dan paste .
3. Submit dibahagian komen okeyy .
Segmen ini akan berlangsung sehingga akhir bulan February . Dan bloglist akan diterbitkan awal bulan March . Join Dulu okeyy .
 
Klik Banner untuk join
Support adik Atirah :)

Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki orang lain

 
Semalam, aku ter"beli" 1 biji kek Chocolate Moist
Sebab kawan aku kata, kek Kakak S sedap dan coklatnya unik
tak macam orang lain yang letak susu, ni betul2 rasa coklat
Aku pun terus la Add Friend dan inbox Kakak S
Aku lantas bagi nombor telefon  lepas diminta
Bila ditanya, 1 biji kek tu harganya RM 35 + kos penghantaran RM 5 total = RM 40
Tapi Belum sempat aku buat keputusan sama ada mahal atau tidak
Kakak S terus telefon aku
Tak terucap di mulut untuk mengatakan 
"lain kali saya order ye kak, saya tanya je dulu"
Terus je aku setuju beli
Oh! mine
Dan delivery dibuat pada malam hari itu juga sebelum jam 10 malam
Sebab suami Kakak S balik kerja jam 8 malam

Waktu aku setuju beli, jam menunjukkan jam 2.30 petang
Dari waktu itu, hati aku dah tak tenteram
Sehingga balik kerja, bawak kereta pun hati rasa semacam
menyesal sebab order
"nak makan2 je pun, bukannya untuk hari jadi, lain kali pun boleh order"
"mahal la RM40 tu..Kek biasa je letak dalam bekas plastik,kalau order kat Kakak N
lagi cantik, siap letak dalam kotak kek, baru betul2 macam kek"
"gatal lagi pegi inbox, bagi nombor telefon bagai"
"tunggu la gaji baru beli, nanti duit tak cukup baru padan muka,dah la lagi 2 minggu baru gaji"

Ha! banyak betul ayat penyata bermain2 di minda waktu tu
Kek tu macam ni je, 1 kg


Kalau beli kat Kakak N, dapat kek macam ni, siap ada Cheese lagi
Harga Sama Total RM 40


Aku dah pernah beli kek ni, boleh lihat entry kat SINI

Berbalik pada cerita aku tadi, aku mula redha dan berserah jela bila waktu
untuk delivery kek tiba
Jam 9.30 malam, kek dihantar
Kakak S tu peramah, aku tengok dalam kereta ada 3 orang anak kecil
Masing2 kelihatan mengantuk
Terdetik di hati aku, kesiannya terpaksa bawa semua anak untuk delivery sebiji kek sahaja!

Masuk je rumah, apa lagi, aku terus cuba dan ternyata, ianya SEDAP GILA
Coklat banjir sampai nak makan kek pun coklat masih turun kebawah
Owh! memang tak sia2 beli
Dalam hati, rasa bersyukur sangat sebab ter"beli" dengan kakak S
Sebab apa???

"kesungguhannya - 
terus telefon bertanyakan order, 
sanggup bawa anak2 untuk delivery sebiji kek dimalam hari, 
menghasilkan kek yang sedap dengan limpahan coklat,
update status di Facebook dengan gembiranya mengatakan ada orang order, dari mula buat kek sehingga kek siap sehingga nak buat delivery sambil tag nama aku"

Ya Allah, benarlah kata Mu 
"Dalam rezeki Kita, Ada Rezeki orang lain"
Bermakna, duit yang ada pada aku, yang diniatkan untuk disimpan 
tidak kesampaian kerana rupa-rupanya ianya merupakan rezeki Kakak S
Dapatlah Kakak S menampung perbelanjaan keluarganya
dengan anak2 yang masih kecil

 Insaf! perancangan Allah itu Hebat dan ada hikmahnya
Kini aku tidak lagi menyesal :)

======================================================
p/s : Teringat pula pada Mak aku..Betapa gembira menerima order 
Bihun / Mee / Nasi Goreng dari rakan sekerja Kakak aku
Walaupun cuma 15 bungkus dengan harga jualan RM1.50 sebungkus , 
tapi telah bangun seawal jam 5 pagi
Gembira dapat berniaga kecil-kecilan setelah sekian lamanya
Semoga rezeki Mak aku terus bertambah, amin~
=======================================================


REVIVAL ROSE BODY LOTION

 
Cantikkan bunga ros tu? Wangi!!!
Bayangkan kalau dibuat losyen. Mesti ohsem kan
Tapi Farisha bukan nak cerita pasal bunga ros ni
Tapi pasal Revival Rose Body Lotion
dari Meiko Japan
Ianya merupakan sejenis losyen badan


Farisha dah cuba dan ternyata best ! berkesan uols
Kulit jadi lembut dan wangi2 giteww
Nama pun revival ROSE mestilah bau2 rose kan
Bukan Arianna Rose ye

Jom lihat sendiri testimoni Farisha ni

================================================
3 minggu sebelum menggunakan Losyen badan tersebut, 
Kulit tangan Farisha melecur sedikit terkena minyak panas
                                             Sebab Kelam kabut punya pasal...kuikuiii

  

Jenuh dah menyental2 dengan body scrub taw tapi tak banyak yang berubah
Malu je..Dah macam parut masa lahir..
Dalam gambar atas ni nampak pudar kan tapi sebenarnya gelap lagi tu
Hitam semacam

Bila Farisha dapat je sample dari sis Zunita, terus je cuba
REVIVAL ROSE BODY LOTION

Dan lihat, hilang kot!! hahahaa~
Hepy sangat !

Kenapa Hepy???
1 . Kulit jadi lembut
2. Bila lembut, sental sikit dah tanggal sel kulit yang melecur tu (sel kulit mati)
3. Kulit jadi semakin lembut seperti bayi
4. Parut pun hilang


Taraaaaaaaaa~


Apa bahan2 dalam Revival Rose Body Lotion ni eh??

WOW!!! sila percaya kerana 
ianya mengandungi 100% bahan natural

 = Damask rose flower water
=rose oil (essential oil)
= damask rose flower extract
= multiflora rose fruit extract
= vegetable astaxantin
= pecan nut extract
= chamomile flower extract
 = Glycyrrhizin acid 2k
Serra cute
= copolymer
= Sunflower seed oil

 Tergeliat lidah baca bahan-bahan dia kan..haha!
Nak tahu apa kebaikan guna REVIVAL ROSE ni tak?

1. Losyen badan Anti Penuaan yang bagus
2. Bauan Rose yang segar
3. Melembapkan kulit terutamanya untuk mrngatasi penuaan
4. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan usia



 

Teruja KAN ?

Kalau korang ada masalah kulit seperti
= kering
= kedut
= menggelupas
= pucat
= melecur
sesuai sangat la guna losyen ni

Recommended :
Kepada yang bekerja dalam keadaan berhawa dingin, 
silalah cuba losyen ini

Jadi, ada sesiapa kat sini yang nak cuba REVIVAL ROSE BODY LOTION ni tak??


Order kat link yang Farisha bagi kat bawah ni
Sangat2 friendly orangnya
fb :

Oh ya! Farisha juga ada bagi baby Farisha pakai taw 
sebab kulit dia ada kasar2  kat peha dan tangan
Dan memang lepas guna tu, kulit dia berubah jadi lembut sangat2!
Rasa nak gigit2 je ^.^

Hello Uncle Aunties , nama saya Dhia Dayana :)

Note : Terima Kasih pada Sis Zu sebab bagi Farisha guna produk meiko ni.
Kalau ada rezeki lagi, boleh la bagi Farisha guna produk yang lain pula ye..hihi~

Pemenang Bloglist Farisha Part #1

 
Berikut merupakan Blogger yang berjaya mengisi kekosongan jawatan dalam 
Segmen : Bloglist Diari Farisha Part #1

Tahniah!!! Korang memang sporting habis ^-^

Buat semua blogger yang telah berjaya,
Duduk la korang dalam Blog Farisha ni selama 
6 bulan !! 
bermula dari 01/02/2014 sehingga  01/07/2014 ^-^
Kalau nak bertapa, berjoget, berlari, berjoging, mengorat pun boleh
kecuali mencarut, caci maki, dan ajaran sesat tidak dibenarkan ye..hihi~
***Nota : Yeahhh!!! Dah update semua Blog yang tersenarai dalam bloglist di sebelah.
Sila semak. Jika blog anda tiada, maklumkan pada Farisha ye*