PERIHAL AGEN INSURANS

 
Ada dua orang agen insurans yang tawarkan plan insurans dari syarikat yang sama cuma yang bezanya sorang takaful,sorang konvensional...

TAKAFUL : 
1) sgt2 cepat buat kerja,disuruhnya email quotation berkali2 dengan pelbagai jenis bayaran dengan sabar. dia email lagi tak sampai stgh jam dpt dah
2) sentiasa follow up dgn kata2 yang baik
3) kalau tak dapat kol,die msej..sebenarnya Farisha lebih selesa dgn mesej je sebab tak 24jam duduk sebelah telefon. 
4) dah set date n time utk jumpa, Farisha terpaksa cancelkan sbb ada hal, dia tak marah 
5) dan skrg Farisha terpaksa tangguh lagi ambil sbb ada masalah sket tapi dia masih lagi ok dan tak kacau

KONVENSIONAL : 
1) minta email tak bagi2 dekat seminggu dah..kata nak email jap lagi,tak email2..yang Farisha ni dah menunggu2
2) dah mesej kata kalau ada apa2 tapi Farisha xangkat telefon,minta mesej je dan dia jawab ok..
TAPI masih kol Farisha berulang kali tanpa msej walau Farisha xangkat..
Nampak macam annoying dan menganggu sgt2!

Bila dah geram sangat hantar mesej secara baik, tak jadi ambil awak sbgai agen insurans saya..
Baru kelam kabut nak email dan kol sampai 10 kali, mesej 10 kali 

Maaf la~ tak ada kesungguhan n disiplin..
tak boleh nak memilih kamu sbgai agen insurans Farisha sbb perkhidmatan awk lambat!
Macam mana esok kalau Farisha nak buat claim?? awk pula bertangguh2 dengan pelbagai alasan???

TAKAFUL-
Farisha memilih anda..Walaupun claim dikatakan lambat,namun Farisha suka dengan cara anda bekerja. Bulan depan Farisha akan hubungi anda kembali :)

Seller Alamak Deal yang PENIPU!!

 
Dah sampai tahap tak boleh tahan tu pasal wujudnya entry ni
Farisha ada menjalankan bisnes online dan
menjadi dropship juga bagi Alamak Deal 
tengok cami shaper,genie bra semua murah2


 
Sebelum ni,semua pembelian dan delivery lancar je
Dah buat 4 kali pembelian

Tapi sekarang,dapat tahu Alamak Deal ni cuba menipu!
semua ni baru je lagi
Jadi entry ni ditulis supaya jangan ada yang tertipu lagi!

Bisnes mereka baru sh diwujudkan akhir tahun 2013.
Tak sampai setahun dah
mula nak MENIPU!

Farisha Order dari Jumaat lepas,siap buat payment sebelum jam 12 tengah hari
Patot delivery hari itu juga

1) lepas sahkan order dekat laman web alamak deal, biasanya mereka akan email details order dekat pembeli- Dapat!

2) Bila bayaran dah dibuat, mereka akan hantar lagi satu email mengatakan bayaran dah diterima - part sini yang problem - Farisha buat bayaran guna online dan masukkan alamat email alamak deal dalam tu. Untuk double confirm,farisha emailkan lagi sekali bukti bayaran (print screen) dekat email mereka. Jadi sepatutnya email mereka dapat kesan yang Farisha dah pun buat bayaran! Tapi ni tak ada apa2 email yang Farisha terima mengatakan payment received..Yang ada hanya status pending dekat laman web



3) cek dekat Facebook Alamak Deal, memang ada yang dah kena tipu since April 2014. buktinya Farisha print screen kat bawah ni :-

https://www.facebook.com/alamak.deal





Ceh alasan pegi oversea konon..Habis tu kenapa tak keluarkan notis kat wall FB atau web..
Siapa pula nak handle tugas kat ofis tu????




Farisha bukan sahaja bergantung pada statement mangsa ni, tapi Farisha sendiri ada menghubungi pihak pengurusan alamak deal seperti maklumat yang diberikan dalam web banyak kali weh tapi tak ada siapa jawab!!!! Geram gila..Nampak sangat la deorang ni dah mula nak MENIPU kan..


Tak cukup dengan tu,dah 5x Farisha send email dekat support@alamakdeal.com.my untuk bertanyakan status order. Tapi auto email yang diterima..Langsung tiada jawapan dari admin tu

contoh standard auto email yang Farisha diterima setiap kali pertanyaan dibuat :-
===============================================================
Your request (#1xxxx) has been received, and is being reviewed by our Customer Support staff.
Your email is important to us and we will reply to you as soon as possible.
Meanwhile if you have additional comments, please reply to this email or follow the link below:
http://alamakdeal.zendesk.com/hc/requests/1xxx
Alamak Deal Customer Support
=================================================================

Bila tengok dekat FB Alamak Deal, memang setiap Hari mereka update status dengan gambar2 produk/kata semangat/fesyen
Tapi kenapa tak nak update tentang status order pelanggan mereka????????!!

Angin betul la..Customer Farisha dah mengamuk barang tak dapat..
Sesiapa yang bercadang nak membeli di Alamak Deal ni,BERHATI2 la..
Jangan sampai di TIPU!!!
Baru jeni mereka nak stat tipu..
Bermula akhir bulan April 2014

#dah ternyata Alamak deal tak salah, baru Farisha akan delete entry ni
#kalau tak,biar la jadi trending di google

KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG TIPU & MAKAN DUIT HARAM!

===============================================
UPDATE TERKINI :
FARISHA ADA TERIMA EMAIL DARIPADA PIHAK ALAMAK DEAL pada 23/05/2014
yang mereka akan memulangkan kembali duit dalam masa 4-7 hari bekerja 
TAPI memang hampeh..sampai sekarang tak refund pun
Janji konon nak sedapkan hati mangsa la konon
Dalam bank pun cek tak de jumlah wang sebanyak tu di bank in kan
02/06/2014 Farisha follow up pun tak de sebarang respon dari pihak mereka!
hampeh je
===============================================
Nyatalah mereka ni penipu...Laman Web dan Facebook semua tak aktif..Page not found
Seller tak guna
Bagus pun dah tutup